Resepi Tuna Roll Mat Gebu +++++

Resepi Tuna Roll Mat Gebu - rasanya dah lama saya tidak kongsikan resepi di blog ini kerana mesti menemani suami ke Indonesia. beberapa hari sebelum saya dan suami pergi ke Indonesia. ada kerabat dari suami datang ke rumah kami bahawa saudara suami saya di Indonesia ada yang sakit. jadi kami esoknya mesti pergi ke Indonesia.

selepas pulang dari indonesia, saya berjalan ke group resepi yang saya ikuti dan ada kawan yang kongsikan Resepi Tuna Roll. thank 's for Rita yang sudi kongsikan resepi ini di Goup. saya pun terus menyediakan bahan-bahanya.
Resepi Tuna Roll

Resepi Tuna Roll Mat Gebu

masa terbaik bila untuk menyediakan Tuna Roll adalah ketika anda bepergian sebagai bekal makanan atau bila ada tetamu. saya teringat ketika kerabat dari Suami datang ke rumah kami saya hanya sediakan makanan yang tidak istimewa.

sekiranya saya tahu resepi ini sebelum saudara dari suami saya datang. pasti saya memilih untuk menyediakan resepi ini. tuna roll ini betul betul sedap, rasanya puas hati kerana berjaya membuat makanan ini dan yang paling saya suka adalah semasa dibakar berbau harum semerbak.

anda rugi bila tak cuba untuk membuatnya sebab bukan susah sangat pun untuk membuatnya. bahan-bahan pun mudah nak cari memang sedap sangat roti ini. jom kita layan resepinya dibawah.

Bahan-Bahan Doh

  • 250 gram tepung Roti High Protein
  • 10 gram susu tepung
  • 125 ml air suam kuku
  • 20 gram mentega 
  • 50 gram gula kaster
  • 30 gram telur - pecahkan 1 biji, kacau sekejap dan timbang
  • 6 gram yis segera kijang
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1/4 sudu teh bread softerner
  • 1/4 sudu teh bread improver - guna vegetable shortening

Bahan-Bahan Inti Tuna
  • 2 1/2 camca besar mayonaise
  • 1 camca besar butter - dicairkan
  • 1 tin tuna - toskan agar kering kemudian lecek hancur
  • daun bawang - hiris halus dan asingkan sedikit untuk hiasan
  • 1 biji bawang besar - dadu kecil
  • parutan keju cheddar - guna mozarella
  • 1/2 sudu teh coarse black pepper

Cara Membuatnya
Resepi Tuna Roll

A. Untuk Doh

1. larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. kemudian satukan semua bahan kecuali butter dan masukan bancuhan yis lepas tu gaul rata hingga menjadi doh.

2. tambah butter dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (lebih kurang 20 minit) bulat-bulatkan doh kemudian letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan hingga naik selama lebih kyurang 45 minit.

B. Untuk Inti Tuna

1. siapakan bekas kemudian masukan dan campurkan semua bahan kecuali butter kemudian kacau rata dan ketepikan. keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara dan agar doh tidak melekat pada meja kerja taburkan sedikit tepung. canai menjadi 4 persegi.

2. sapukan butter cair ke permukaan doh tadi dan tuangkan tuna kemudian ratakan. tabur juga parutan keju (sisakan sedikity untuk ditabur nanti) tinggalkan sedikit ruang di hujung doh.

3. gulung seperti swissroll kemudian ketatkan, kemaskan gulungan doh kanan dan kiri. kemudian kerat kepada 10 bahagian sama besar. siapkan paper cup bersaiz 4 Inci kemudian susun diatasnya. tekan agar rata dan buat hingga siap.

4. perap selama lebih kurang 45 minit atau hingga kembang. sapukan telur (baki dari 30 gram tadi) kemudian taburkan daun bawang atau daun kuchai, lada hitam dan keju cheddar.

5. akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 190" Celcius selama lebih kurang 30 minit atau hingga perang keemasan. angkat dan sejukkan

Resepi Tuna Roll ini juga boleh untuk bekal ketika anda pergi melancong bersama keluarga dan sampai jumpa di resepi sedap selanjutnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Tuna Roll Mat Gebu +++++"

Posting Komentar