Resepi Puding Karamel Tanpa Telur Konfirm Sedap

Hello semua pembaca setia blogopsi apa khabar sihat ke? hari ini saya nak kongsikan resepi puding karamel tanpa telur. saya sudah beberapa kali buat makanan pencuci mulut ini dan saya sering menyediakanya ketika bulan puasa tiba.

puding karamel tanpa telur memang sangat sesuai dimakan untuk menu juadah berbuka puasa terutama yang punya anak kecil yang baru-baru belajar makna berpuasa. seharian menahan lapar dan dahaga memang nikmat bila makanan yang sejuk-sejuk masuk kat tekak.
Puding Karamel Tanpa Telur

Puding Karamel Tanpa Telur 

bila cakap pasal karamel ni mesti ramai orang yang menggemari puding karamel kan? saya sendiri dah pernah buat puding lain yang tak kalah sedap iaitu resepi puding jagung yang penyediaanya mudah sahaja.

sebenarnya, ramai kawan-kawan blogger sudah share resipi ini tapi tak ada salahnya kan saya ikut share juga. tetapi resepi yang saya kongsikan ini memang simple-simple sahaja sebab penyedianya tak perlu dibakar atau dikukus, cuma disejukan di peti ais sehingga beku dan sedia untuk dimakan.

bahan-bahan pun tak susah cari,.teksturnya yang lembut, licin, dan cantik membuat lidah ingin mencubanya. jom kitalayan resepinya dibawah

Bahan-Bahan Puding

  • 1 paket agar-agar (10g)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 cawan air
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat
Bahan-Bahan Karamel
  • 2 senduk gula
  • 1/4 cawan air
Cara Penyediaan

1. campurkan gula dan air ke dalam periuk kemudian dengan api perlahan panaskan hingga warna menjadi keperangan seperti air karat. kacau sekata dan tuangkan kemudian ratakan kedalam keseluruhan loyang, ketepikan.
Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

2. satukan semua bahan-bahan puding ke dalam periuk. diatas api sederhana kacau bahan-bahan tadi hingga menjadi adunan pekat dan mendidih. 

3. lepas tu tapiskan dan tuangkan kedalam loyang yang berisi karamel tadi, sejukan sebentar kemudian masukan kedalam peti ais selama lebih kurang 2 - 3 jam 

yang paling penting selama proses membuat puding ni adalah memanaskanya jangan sampai adunan menjadi hangus dan berketul. okay, sampai jumpa lagi diresepi sedap selanjutnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Puding Karamel Tanpa Telur Konfirm Sedap"

Posting Komentar