Resepi Kuah Bakso Asli Indonesia Mudah dan Sedap

Resepi Bakso Indonesia - anda pernah cuba memakan bakso tak? bakso adalah makanan asli indonesia yang bahan asasnya dibuat dari daging lembu. jika anda pernah melawat ke indonesia, bakso amat mudah untuk ditemui di kedai-kedai tepi jalan.

bakso mempunyai pelbagai jenis, ada bakso solo, bakso malang, bakso jogja yang semuanya sedap. tetapi resepi bakso asli indonesia yang saya kongsikan ini merupakan makanan yang sudah biasa di jumpai di indonesia.
Resepi Kuah Bakso Asli Indonesia

Resepi Bakso Asli Indonesia

makanan ini mempunyai tekstur yang lembut dan kenyal ditambah dengan kuah khusus yang dibuat daripada bahan rempah rahsia pastilah rasanya sedap. bahkan semua orang indonesia suka memakan bakso.

bakso sangat popular di masyarakat indonesia dan sekarang bakso atau bebola daging sudah mula ramai yang menggemari di Malaysia. satu-satunya makanan yang boleh menandingi populariti bakso ialah mie ayam. jom kita layan resepinya dibawah

Bahan Bakso/ Bebola Daging

  • 500 gram daging lembu cincang - boleh gunakan daging ayam
  • 2 ulas bawang putih - haluskan
  • 2 ulas bawnag putih haluskan
  • 1 biji telur gred A - gunakan putih telurnya sahaja
  • 1 sudu kecil baking powder
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 90 ml air ais
  • 5 senduk tepung ubi kayu
Bahan Kuah Bakso
  • 600 gram tulang lembu
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu kecil garam
  • 2000 ml air
  • 2 batang daun bawang - hiris
Bahan Hiasan
  • 1 bungkus Mee hoon
  • sedikit taugeh
  • kobis dihiris halus
Cara Membuat Bakso
Resepi Kuah Bakso Asli Indonesia

1. siapkan bekas kemudian masukan semua bahan bakso dan gaul rata hingga adunan menjadi halus. lepas tu masukan pada bekas lain dan ditutup menggunakan plastik, 

2. masukan adunan tadi kedalam peti ais selama lebih kurang 30 minit. kemudian bentuk bulatkan mengikut saiz yang anda suka. 

3. rebus air dalam periuk dan masukkan bakso yang sudah berbentuk bulat tadi. rebus menggunkan api kecil hingga bebola bakso tadi timbul artinya bakso sudah siap.

Cara Membuat Kuah

1. rebus tulang lembu hingga empuk dan haluskan bawang putih, lada sulah, dan garam kemudian masukan kedalam rebusan tulang tadi. masak hingga menggelegak.

untuk cara penyediaanya mudah sahaja. mula rendam mee hoon kemudian tapis, hidangkan mee hoon bersama taugeh dan kobis. kemudian tuangkan kuah dan bebola bakso dan agar lebih sedap tambahkan kicap manis, cili padi yang ditumbuk dan bawang goreng.

resepi kuah bakso asli indonesia yang saya kongsikan ini sudah saya buat dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah. tetapi walaupun bahan yang digunakan tak banyak rasanya tetap sedap. okay, sampai jumpa lagi di entry sedap selanjutnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kuah Bakso Asli Indonesia Mudah dan Sedap"

Posting Komentar