Resepi Kek Minyak Warna-Warni Sukatan Cawan

Sudah 1 minggu lepas saya tidak menulis di blog kesayangan ini, sudah satu minggu lebih saya tidak menulis di blog kesayangan ini. bukan kerana apa, tapi memang ada mood saya hilang untuk terus menulis sepanjang 1 minggu ini. hari ini saya ingin berkongsi resepi kek minyak warna warni yang sangat gebu.

bila berbicara kek pasti saya sambil membayangkan rasa yang gebu di lidah dan sambil telan air liur. saya sebenarnya sudah banyak kongsikan resepi kek, contoh: resepi kek red velvet ada juga resepi kek batik. bila anda ingin kek yang berbeza boleh cuba resepi kek pisang.
Resepi Kek Minyak

Resepi Kek Minyak


Resepi kek minyak yang saya kongsikan ini menggunakan sukatan cawan jadi anda tidak perlu payah memakai sukatan gram. saya sendiri biasanya menyediakan kek ini bersama teh tarik untuk minum petang dan rasanya memang lembut.

saya dan keluarga memang penggemar kek dan anak saya sangat menggemari kek minyak dibandingkan saya dan suami. mungkin kerana corak warnanya yang cantik. sebelum saya pandai membuat kek sendiri saya selalu membeli di kedai-kedai.

tapi tidak ada rasa bangga bila membeli kek walaupun kek tersebut rasanya sangat sedap. bagi saya lebih baik rasa makanan yang saya makan biasa sahaja tetapi makanan tersebut dibuat dengan keringat sendiri.

saya sendiri tidak tahu sejak kapan kek minyak ini mula popular di malaysia. tapi dari kawan saya di group resepi facebook pernah berkata "resepi ini mula tersebar luas kat facebook terutamanya group masakan dan sekarang kek minyak telah menjadi satu fenomena yang dibincangkan pelbagai orang di group masakan.

berbalik ke resepi ini, memang sangat gebu dan moist. terus terang telah lama saya teringin membuat kek minyak selepas terpandang kek hang disediakan di group. tapi barulah hari ini saya boleh kongsikan. jom kita layan resepinya dibawah

Bahan-Bahan

  • 5 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 sk baking powder
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1/2 cawan gula kastor
  • sedikit pewarna saya guna warna merah, biru, dan kuning
  • sedikit perisa ikut suka - saya guna perasa nenas
Cara Membuat Kek Minyak

Resepi Kek Minyak Warna-Warni

1. panaskan oven pada suhu 170" C kemudian ayam tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan. siapkan loyang dan lenserkan butter diatasnya. lepas tu alaskan dengan baking papper.

2. pukul gula bersama telur dan ovalatte hingga kembang, masukkan esen vanilla dan susu pekat. pukul lagi sekejap. masukkan perisa mengikut yang anda suka dan minyak jagung. dan gaul adunan hingga rata.

3. masukkan tepung gandum yang sudah diayak dan gaul lagi hingga rata. bahagikan adunan kepada 3 warna. tuangkan adunan kedalam loyang dan corak warna mengikut kreativiti masing-masing.

4. akhir sekali, bakar adunan ke kedalam oven selama 50 minit atau hingga masak. bila sudah maska angkat dan sejukkan. potong-potong dan hidangkan.

biasanya saya makan kek minyak ini ketika masih panas-panas kerana sudah tidak sabar menunggu ianya sejuk. tapi memang lebih sedap bila ianya dimakan sejuk-sejuk dengan disimpan terlebih dahulu dalam peti ais selama beberapa jam.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kek Minyak Warna-Warni Sukatan Cawan"

Posting Komentar