Resepi Kek Pisang Karamel Mudah

Hello apa khabar semua sihat ka? hari ini saya ingin kongsikan resepi kek pisang karamel. siapa suka pisang? saya percaya pasti anda adalah penggemar pisang, banyak orang menggemari pisang sebab rasanya yang manis dan pisang adalah sejenis buah-buahan yang memberi Instant energy.

sebenarnya, kek ini banyak jenisnya ada kek pisang kukus dan ada kek pisang yang dibakar tapi kali ini saya cuba buat kek pisang karamel. banyak kek yang sudah saya cuba tapi kek ini adalah salah satu yang membuat saya berkesan.
Resepi Kek Pisang Karamel

Resepi Kek Pisang Karamel

bila anda ingin mendapatkan hasil kek yang gebu dan lembut pisangnya harus betul-betul dah masak. ketika saya buat resepi ini saya gunakan pisang Embun tapi anda juga boleh gunakan pisang Montel atau pisang Cavendish.

yang paling saya suka dari kek ini adalah baunya yang lebih harum sebab menggunakan karamel tapi warnanya memang perang sedikit. jom kita mula sahaja resepi sedap dibawah ini :

Rujukkan : Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-Bahan

  • 4 biji pisang embun
  • 60 gram butter - cairkan dan biarkan sejuk
  • 90 gram gula pasir
  • 2 biji telur gred A
  • sedikit garam
  • 1 camca besar mayonaise
  • 130 gram tepung gandum *
  • 1 camca teh baking powder *
  • tanda * satukan kemudian gaul dan ayak
Bahan Karamel
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 30 gram gula pasir dicampur 1 camca besar air
  • 2 camca besar air
Cara Penyediaan

1. mula panaskan oven pada suhu 170"C kemudian gunakan tin bulat bersaiz 7 inchi dan lenserkan butter pada permukaanya. alas dasar tin dengan kertas minyak dan lenser juga kertas tadi. lepas tu ketepikan.

2. masukan 30 gram gula yang sudah dicampur air dalam wadah periuk kecil dan masak menggunakan api kecil hingga gula cair. kemudian masukan 2 camca besar air dan kacau hingga rata.

3. ambil dan kupas 2 pisang tadi dan potong menjadi bahagian kecil dan masukan kedalam periuk karamel tadi. masak menggunakan api kecil hingga pisang menjadi lembut dan bila sudah lembut boleh matikan api.

4. campurkan mayonaise, telur, gula, dan garam kemudian putar hingga menjadi berkrim. kemudian masukan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil terus diputar hingga tepung gandum habis. lepas tu masukan karamel bersama butter atau mentega cair dan gaul hingga rata.

5. tuangkan dalam tin yang sudah disiapkan tadi dan ambil 1 buah pisang dan potong menjadi bahagian kecil kemudian hiaskan potongan pisang diatasnya.

6. akhir sekali, bakar dalam oven selama lebih kurang 1 jam atau hingga masak dan bila sudah masak boleh keluarkan dalam oven dan biarkan sejuk kemudian siap dipotong untuk dihidangkan.

Kek Pisang Karamel

untuk uji kek apakah sudah masak boleh gunakan lidi sate bersih dan cucukan ditengah-tengahnya, bila keluar bersih tanda kek sudah masak. bagaimana mudah sahaja kan resepi kek pisang karamel ini dan sampai jumpa di resepi sedap selanjutnya. 

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kek Pisang Karamel Mudah"

Posting Komentar