Resepi Cucur Jawa Gula Merah Sedap

Cucur jawa adalah salah satu kuih tradisional yang menjadi kegemaran saya dan keluarga. kuih ini juga agak popular di Masyarakat Malaysia. hari ini saya ingin kongsikan resepi cucur jawa gula merah supaya tulisan saya ini boleh menjadi rujukan anda apabila hendak membuat cucur jawa.

sebenarnya, resepi ni sudah banyak share di group resepi dan Google jugak. resepi yang saya share ini juga saya dapat dari kawan saya di group resepi kita. cucur jawa ni bila di sabah orang panggil Penyaram. saya tahu dari kawan saya yang bagi tahu di Group FB.

Baca Juga :
saya teringat ketika saya letak gambar kuih cucur jawa kat FB rupa-rupanya banyak juga kawan di FB ada yang tak tahu rasanya macam mana sebab dia tak pernah makan kuih ni.
Resepi Cucur Jawa Gula Merah

Resepi Cucur Jawa

senang je saya membuat kuih ni cuma yang rasa leceh sebab kita kena peram adunan ini dalam sehari. esoknya baru bisa goreng dan bahan utama untuk membuat cucur jawa adalah tepung beras, tepung gandum, dan gula merah. jom langsung sahaja kita layan resepinya dibawah.

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir - boleh kurangkan bila tak suka manis
  • garam secukupnya
Cara Penyediaan

1. mula-mula masak gula merah bersama dengan air hingga gula larut kemudian bila sudah larut ketepikan dan biarkan sejuk.

2. bila sudah sejuk tapiskan air gula dan satukan dengan semua bahan diatas tadi (tepung beras, tepung gandum, gula pasir, dan garam) kemudian kacau hingga sebati dan peram semalaman.

3. esok paginya boleh goreng adunan, gunakan minyak sikit je, untuk menggorengnya sendukan 1 senduk adunan dan goreng ke dalam minyak panas tadi.
Resepi Cucur Jawa Gula Merah

4. biarkan adunan masak dari tepi sampai ke tengah kemudian boleh terbalikan, bila sudah masak boleh angkat dan ulangi langkah menggoreng tadi hingga adunan habis.
Resepi Cucur Jawa Gula Merah

kuih cucur jawa menurut saya paling sedap kalau manis dan bila anda tengok tekstur dalamnya berongga seperti sarang semut. okay, itulah resepi cucur jawa gula merah yang saya kongsikan untuk anda dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Cucur Jawa Gula Merah Sedap"

Posting Komentar