Resepi Sup Tulang Lembu Paling Sedap

Hari ini saya nak kongsikan salah satu resepi yang sangat sedap iaitu resepi sup tulang lembu, baru dengar nama je sudah meleleh-leleh air liur kan? resepi sup ni saya ambil dari blog Azlita asam manis. terima kasih kepada Ita kerana sudah sudi berkongsi resepi sup sedap ini.

sup tulang lembu adalah salah satu makanan kegemaran saya dan keluarga, di masyarakat Malaysia sup ini banyak penggemarnya juga dan cukup popular.
Resepi Sup Tulang Lembu

Resepi Sup Tulang lembu

bahan-bahan untuk membuat sup ini memang ada banyak sikit nak kena cari batang Celery dan Leek. tapi tak susah dan senang aje penyediaanya. sup tulang lembu paling sedap dimakan bersama sambal kicap Zahir.

mungkin ramai orang kata "ala sup aje apalah yang sedap sangat", tapi bila anda dah cuba resepi sup tulang ni toleh kanan kiri pun dah tak dan dah.. sebenarnya, sudah lama dapur rumah saya tak berasap kerana dikebanyakan masa hanya saya yang ada di rumah.

tapi buat pembaca setia blogopsi.com akhirnya saya tergerak untuk berkongsi, jom kita layan resepi paling sedap di bawah.

Bahan-Bahan
  • 1 kg tulang lembu - cuci dan rebus hingga empuk
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji pelaga
  • 1 labu bawang besar - di hiris
  • 1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar 
  • air secukupnya ~ boleh guna air rebusan daging
  • 1 batang lobak merah ~ di dadu
  • 2 biji kentang ~ di dadu
  • Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
  • Bawang goreng untuk tabur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh lada sulah
Bahan kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang celery
  • 1 inci halia
  • 1 batang leek
  • 1/2 batang lobak merah
Cara Penyediaan
Resepi Sup Tulang Lembu Paling Sedap


1. kisar halia, bawang merah, dan bawang putih dan ketepikan. kisar pula batang celery, lobak, dan batang leek. ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.

2. panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk kemudia tumis pelaga, bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, bawang besar hingga naik bau dan garing. kemudian masukan rempah sup dan tumis lagi hingga rempah garing dan bila terlalu pekat boleh tambahkan air.

3. bila semua bahan tumis tadi sudah garing masukan air rebusan tulang dna tulang . gunanya tulang dimasak hingga empuk diawal adalah agar proses memasak tak terlalu lama. semasa merebus aka keluar kotoran dan buih minyak sendukan dan buang kotoran yang keluar tadi.

4. akhir sekali bila daging sudah empuk masukan lada sulah dan perasakan dengan sedikit garam kemudian masukan lobak dan kentang yang sudah dipotong dadu tadi. rebus sekejap dan masukan cili padi, batang celery, daun sup, dan bawang goreng. tutup api dan siap untuk dihidangkan.

resepi sup tulang lembu ini paling sedap bila dihidangkan bersama sambal kicap zahir dan dibawah resepi sambalnya.

Sambak Kicap

  • 10 - 15 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
Cara Penyediaan satukan semua bahan dan kisar, sedia dimakan bersama sup tulang. bagaimana mudah dan senang kan resepi sup tulang yang saya kongsikan dan sampai jumpa diresepi sedap selanjutnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Sup Tulang Lembu Paling Sedap"

Poskan Komentar