Resepi Sup Ayam Simple Tanpa Sup Bunjut

Sudah banyak hari tak update blog kerana beberapa hari lepas takde mood. tapi hari ini mood saya sedang baik dan saya ingin kongsikan makanan yang mudah dan ringkas tapi sedap iaitu resepi sup ayam.

sebenarnya sudah banyak yang share resepi ini kat cik Google tapi takde salahnya saya ikut share juga. apa yang istimewa dari sup ini adalah saya tidak gunakan rempah sup dan sup bunjut. kerana resepi ini tanpa sup bunjut dan rempah sup pasti senang dan lebih mudah buatnya.
Resepi Sup Ayam

Resepi Sup Ayam

resepi sup ayam sangat sesuai untuk anda yang sedang berjimat dalam bebelanja sebab sekarang ini kan barang semua sudah naik harga. bila nak masak pelbagai takut membazir pulak.

sup ayam dikategorikan makanan sihat kerana nilai kalori sup ayam adalah 290 kj. biasanya ketika orang sakit atau demam digalakan untuk makan sup ayam sebagai makanan harian. orang yang biasa makan ayam akan lebih sihat.

kita tengok orang tua di kampung tiada memiliki masalah hormon dan selalu energik sebab selalu makan ayam kampung. berbeza dengan kita yang di bandar badan kurang sihat dan mudah sakit kerana sudah biasa makan ayam yang disuntik steroid.

oke, jom kita tengok resepi sup ayam dibawah dan bila anda tak suka ayam boleh diganti dengan daging lembu atau kambing.

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
  • daun bawang dan daun sup dimayang halus
  • 5 batang lobak merah - potong kecil
  • 2 biji pelaga
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 2 biji kentang - dipotong baji
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 buah kol - optional
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • minyak untuk menumis
  • 3 cawan air + 1/2 sudu gula
Bahan Kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 biji buah keras
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis - sangai dulu
  • 1 sudu kecil jintan putih - sangai
  • garam secukupnya
Cara Penyediaan


1. panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang hingga pecah minyak kemudian masukan ayam dan biarkan sekejap.

2. selepas tu masukan air yang sudah di campur gula dan biarkan merenih. bila sup tadi sudah mulai mendidih masukan kol, kentang, lobak merah dan masak hingga empuk menggunakan api sederhana.

3. kemudian masukan tomato dan perasakan dengan sedikit garam dan masak kembali hingga masak. akhir sekali, bila hendak dihidangkan taburkan daun bawang dan daun sup.

bagaimana mudah sahaja kan resepi sup ayam yang saya kongsikan dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Sup Ayam Simple Tanpa Sup Bunjut"

Poskan Komentar