Resepi Kuih Bulan (Mooncake) Cina Halal

Hello jumpa lagi di Blogopsi.com, salam sejahtera semua. hari ini saya ingin kongsikan resepi kuih bulan atau mooncake yang halal. apakah anda pernah cuba makan kuih bulan?

sebahagian besar masyarakat Malaysia adalah muslim dan begitu fobia nak nak makan kuih bulan sebab takut dengan ramuan terlarang yang ada di dalam kuih bulan. tapi zaman sekarang berbeza sebab banyak juga kuih bulan yang halal dikeluarkan.
Resepi Kuih Bulan (Mooncake)

Resepi Kuih Bulan

kuih bulan atau mooncake banyak dijual di pasaran tapi jika anda adalah penggemar berat mooncake tapi sedikit risau dengan status halal yang dijual dipasaran, boleh cuba buat sendiri dengan mengikut resepi mooncake yang saya kongsikan ini.

rupanya untuk membuat kuih bulan tidak sukar cuma memerlukan sedikit masa untuk menyediakanya dan bahan-bahan untuk membuat kuih bulan juga tak sukar untuk diperolehi. ada pelbagai versi dari kuih bulan dan yang saya kongsikan ini berjudul "Mooncake" yang saya dapat dari cina.

dari yang saya tahu kuih bulan lepas buat kena biarkan 2 - 3 hari baru lah rasa dia lagi ngancam dan kulit dia jadi lembab. jom langsung sahaja kita layan resepi mooncake dibawah.

Bahan-Bahan

  • 300 gram tepung berprotein rendah - anda boleh beli kat kedai baking
  • 60 gram minyak kacang tanah -minyak cap helang
  • 220 gram sirap kencana - golden syrup
  • 1/2 camca teh alkaline water - air abu
Bahan Lain
  • 30 gram kuaci (tanpa kulit) - panggang hingga kekuningan
  • inti kuih bulan secukupnya -boleh guna perisa pandan
  • 3 titik kicap pekat + 1 kuning telur - kacau rata
Cara penyediaan

1. Untuk Kulit
mula-mula satukan minyak Alkaline Water bersama minyak kacang tanah, sirap kencana kemudian kacau hingga sebati. ayak tepung atas papan pencanai kemudian buatlah lubang ditengah-tengah tepung tadi dan tuang bancuhan sirap kencana.

lepas tu gaul rata bersama tepung hingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan, kemudian tutup doh tadi dengan tuala lembab dan biarkan lebih kurang 30 minit.

2. Untuk Inti
gaul inti bersama kuaci panggang lepas tu bahagikan inti tadi kepada 25 bahagian sama besar dan bulat-bulatkan.

3. Untuk Kuih Bulan
taburkan sedikit tepung pada tapak tangan dan ambil 1 bahagian kulit kemudian leparkan dan letak 1 bahagian inti. kemudian balut inti yang sudah dibuat tadi dengan kulit, kemaskan.
Resepi Kuih Bulan (Mooncake)

taburkan sedikit tepung pada kuih bulan dan masukan ke dalam acuan yang sudah anda persiapkan, agar hasilnya padat dan sekata tekan-tekan ketika masukan ke dalam acuan. kemudian alih kuih tadi kedalam dulang pembakar yang sudah dialas kerta minyak dan buat hingga siap.
Resepi Kuih Bulan (Mooncake)

4. bakar kuih ke dalam oven bersuhu 190"C selama lebih kurang 10 minit. kemudian keluarkan kuih dan sapu permukaanya dengan bancuhan kuning telur + kicap pekat tadi. sambung membakar selama 9 minit lagi 

5. akhir sekali, bila kuih sudah nampak warna kuning keemasan boleh keluarkan dari oven dan sejukan. untuk mendapatkan kulit yang lembab biarkan hingga 2 - 3 hari.

bagaimana mudah sahaja kan resepi kuih bulan ini (mooncake) dan sampai di entri sedap berikutnya.
Rujukkan : Tiffinbiru

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kuih Bulan (Mooncake) Cina Halal"

Posting Komentar