Resepi kek Batik Coklat Mudah dan Sedap

Hello jumpa lagi di blogopsi.com, apa khabar sihat ke? hari ini saya ingin kongsikan resepi kek batik coklat. kek batik ini adalah salah satu jenis kek yang dibuat tanpa perlu memasaknya. juga bila teringin membuat kek ini tidak boleh menggunakan sembarang tepung.

resepi yang saya share ini sangat simple dan semua orang boleh buat. kek ini biasanya ramai dicari ketika bulan puasa tiba. biasalah masa bulan puasa traffic naik tinggi sebab ramai orang cari kat google.
Resepi kek Batik Coklat

Resepi Kek Batik

dah lama sebenarnya saya tak buat kek batik, resepi kek batik adalah salah satu kek kegemaran saya dan keluarga. banyak versi resepi kek ini, resepi asal menggunakan milo dan ada juga yang menggunakan telur. tapi saya tak berapa suka bila guna telur mentah.

Baca Juga :



resepi kek batik ini amat lah mudah dan senang untuk di ikuti dan sila ikuti resepinya di bawah ini untuk mendapatkan hasil seperti diatas.

Bahan-Bahan
Resepi kek Batik Coklat


  • 2 cawan milo 
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 paket biskut marie - patah dua
  • 1/2 susu pekat manis
  • 125 gram mentega/ butter
  • 1 sk esen vanilla
  • kacang almond - dipotong dan di panggang (optional)
Cara Penyediaan Kek Batik

1. mula-mula cairkan butter ke dalam periuk dengan menggunakan api sederhana hingga cair kemudian masukan susu pekat manis dan gaul sebati

2. kemudian masukan serbuk kok bersama milo dan gaul sebati atau hingga tiada milo berketul-ketul. selepas tu masukan essen vanilla ke dalam adunan tadi dan gaul sebati.. padamkan api.

3.  masukan biskut yang sudah dipatahkan bersama kacang almond dan gaul hingga rata. kemudian masukan adunan ke dalam loyang yang sudah di lapisi plastik. 

4. padatkan kek batik didalam loyang tadi dengan cara menekan pada permukaan adunan. kemudian masukan adunan ke dalam peti sejuk selama kurang lebih 5 jam.

5. akhir sekali, keluarkan kek batik dari peti sejuk dan biarkan 30 minit kemudian di potong-potong dan kek batik siap untuk dihidangkan..

Note :
bila anda suka kek batik yang lembut semasa sediakan campuran coklat, patah-patahkan biskut dulu, bagi biskut lemau sikit. jadi kek batik tu akan terasa lembut. bagiaman mudah kan resepi kek batik coklat yang saya kongsikan dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi kek Batik Coklat Mudah dan Sedap"

Poskan Komentar