Resepi Cucur Ikan Bilis Lembut dan Sedap

Hello jumpa lagi di Blogopsi.com hari ini saya ingin share resepi cucur ikan bilis yang teksturnya lembut. untuk membuat cucur ikan bilis mudah sahaja hanya campak-campak bahan, kacau sekejap dan goreng kemudian siap hidangkan bersama sos cili.

supaya tekstur ikan bilis menjadi lembut boleh guna telur, tapi resepi yang saya kongsikan ini tak guna telur tapi lembut sungguh isi dalam cucur bilis ni dan nampak rangup kat luar. seperti resepi yang saya kongsikan lainya iaitu resepi mudah tapi sedap.
Resepi Cucur Ikan Bilis

Resepi Cucur Ikan Bilis

idea untuk membuat cucur ikan bilis ini sebenarnya datang beberapa hari lepas sebab suami ingin menjemput ahli-ahli surau untuk membuat majlis selawat. saya berpendapat bila tetamu selalu disajikan dengan makanan berat.

mungkin tetamu akan merasa jemu dengan makanan seperti nasi, mee atau bihun dan untuk majlis malam nanti saya teringin membuat sesuatu yang berbeza dengan hanya menjamu dengan cucur ikan bilis beserta teh O.

bila anda tak suka ikan bilis boleh juga gantikan dengan udang basah atau udang kering pun boleh, sebenarnya saya adalah penggemar cucur ikan bilis tapi taringatkan kolestrolnya jadi saya buat 2 minggu sekali je lah.

Baca Juga :



jom lah kita layan resepi cucur ikan bilis yang lembut dan rangup diluar ini :

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • segenggam ikan bilis - belah 2 bila besar
  • sebiji kentang - potong dadu (opsyenal)
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukupnya
  • 1 ikat daun kucai
  • 1 biji cili merah - potong kecil
  • 3/4 cawan bawang besar - potong kecil
Cara Penyediaan

#1 : satukan semua bahan diatas ke dalam bekas kemudian tuang air sedikit demi sedikit sambil di gaul hingga rata atau hingga adunan mencapai kelikatan yang sesuai.

#2 : panaskan minyak kemudian goreng adunan tadi menjadi beberapa bahagian. dengan menggunakan api sederhana goreng hingga kekuningan selepas tu angkat dan toskan.

#3 : akhir sekali, hidangkan panas-panas bersama sos cili atau apa-apa yang anda sukai.

paling sedap cucur bilis ini memang di makan ketika masih panas dan bersama kopi atau teh O, jadi bagaimana mudah sahaja kan resepi cucur ikan bilis yang saya kongsikan dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Cucur Ikan Bilis Lembut dan Sedap"

Posting Komentar