Resepi Kuih Cucur Badak Paling Mudah dan Sedap

Selamat pagi semua pada pengunjung setia Blogopsi.com telah 3 hari saya juga saya tidak update blog kesayangan ini. Hari ini saya ingin kongsikan resepi cucur badak, sebenarnya makanan ini bukanlah kegemaran saya tetapi anak-anak suka juga memakan ini.

harapan saya apa yang saya persembahkan ini dapat menjadi pedoman bagi anda untuk me4ncari idea dalam menguruskan persediaan memasak untuk keluarga tercinta.
Resepi Kuih Cucur Badak

Resepi Cucur Badak

kebetulan hari ini saya pergi kat pasar dan melihat ada yang jual ubi kaledek jadi saya membeli beberapa. saya memikirkan resepi apa yang menggunakan ubi kaledek sebagai bahan utama dan akhirnya terjumpa resepi cucur badak.

okeylah, mari kita tengok resepi cucur badak yang menjadi kegemaran anak-anak dan jika anda membaca entry ini mungkin juga kuih ini menjadi kegemaran anda. supaya tidak membuang masa mari kita tengok resepi dibawah.

Bahan-Bahan

  • 1 biji kelapa parut putih
  • 100 gram udang kering - rendam dan kisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 sudu makan gula
  • garam secukupnya
  • 7 tangkai lada merah
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai - dipotong kecil
  • minyak masak secukupnya
Bahan Doh
  • 400 gram kaledek - direbus dan lenyek
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • minyak untuk menggoreng
  • garam secukupnya
Cara Penyediaan

a. Untuk Inti
Resepi Kuih Cucur Badak

1. mula-mula panaskan minyak dalam kuali kemudian masukan semua bahan yang sudah dikisar dan masak hingga bahan tadi menggelegak

2. masukan kelapa parut putih dan kacau rata kemudian ketepikan

b. Untuk Kuih

1. mula-mula kupas kulit kaledek, potongkan kecil dan bersihkan dan rebus hingga masak lebih kurang 30 minit. selama merebus masukan garam.

2. masukan semua bahan doh kecuali minyak ke dalam bekas yang sama kemudian gaul hingga rata hingga membentuk doh. lepas tu masukan tepung gandum sedikit demi sedikit sekiranya doh melekat dan terlalu lembik.

3. sekiranya adunan masih melekat di tangan dan tepung sudah habis jangan risau, basuh tangan dan keringkan kemudian salutkan tangan dengan sedikit tepung dan ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan hingga membentuk bebola sebesar bola golf, masuklan inti ke dalamnya.

4. panaskan minyak dalam kuali dan goreng bebola tadi hingga maska atau warnanya keemasan. bila sudah masak angkat dan toskan. agar ketika menggoreng tidak hangus sentiasa balik-balikan ketika menggoreng.

Note : bila anda hendak menyimpan dalam peti sejuk dalam masa yang lama boleh goreng separuh masak. bagaimana mudah je kaan resepi kuih cucur badak ni dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kuih Cucur Badak Paling Mudah dan Sedap"

Poskan Komentar