Resepi Nasi Dagang Terengganu Paling Sedap

Hello jumpa lagi di blogopsi, apa khabar sihat ke? hari ini saya ingin berkongsi resepi nasi dagang terengganu yang mengikut saya paling sedap. lama...... tak makan nasi dagang terengganu. itulah kata-kata yang saya ucapkan hari ini.

banyak perbezaan nasi dagang terengganu dan nasi dagang kelantan, kalau dikelantan biasanya dihidang sekali dengan telur rebus, sambal kelapa, dan hirisan timun. tiba-tiba teringin nak menyediakan nasi dagang hari ini.
Resepi Nasi Dagang Terengganu Sedap

Resepi Nasi Dagang Terengganu

banyak yang menjual nasi dagang terengganu di gerai-gerai, membuat nasi dagang tak susah sebab bila mahu nak belajar pasti boleh menyediakan nasi dagang yang sedap. nasi dagang paling sedap memang disediakan bersama gulai ikan tongkol.

bila berbicara selera saya lebih suka nasi dagang terengganu daripada nasi dagang kelantan, tapi macam saya katakan. selera saya mungkin tak sama dengan anda. resepi ini sebenarnya sudah banyak yang share di google.

Baca Juga :


resepi ini mudah dan ringkas penyediaanya sebab ia dikukus macam menanak nasi biasa dan kemudian disiram santan mentah diakhir proses memasaknya. jom kita layan resepi nasi dagang terengganu sedap dibawah.

Bahan-Bahan

  • 4 - 5 cawan beras siam wangi cap Bird of Paradise
  • 3/4 sudu besar halba
  • 3 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 inci halia - mayang halus
  • 3 ulas bawang merah - mayang halus
  • sedikit garam - dicampur kedalam santan pekat
  • daun pandan
Cara Penyediaan

1. bersihkan beras hingga bersih kemudian rendam dengan air sebelum dikukus, kemudian tuangkan air kedalam pengukus dan masak hingga mendidih.

2. bila air sudah mendidih masukan beras kedalam pengukus dan masak hingga separuh masak lebih kurang 25 minit. angkat nasi separuh masak tadi dan masukan kedalam bekas besar kemudian siramkan santan cair dan kacau rata.

3. masukan semula kedalam pengukus bersama daun pandan dan kukus kembali nasi tadi hingga masak. 

4. bila nasi sudah masak angkat dan masukan kedalam bekas besar bersama bawang merah, halba, halia, dan siramkan santan pekat kemudian kacau hingga rata.

5. akhir sekali, ratakan nasi dan kemaskan nasi, bila nak hidangkan gembur-geburkan dahulu kemudian ceduk dari tepi.

selanjutnya ialah gulai ikan tongkol, rasanya nasi dagang terenggganu tak lengkap tanpa gulai ni. untuk resepi gulai ikan tongkol boleh anda baca pada link tadi. bagaimana mudah sahaja kan resepi ni dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Nasi Dagang Terengganu Paling Sedap"

Poskan Komentar