Resepi Kuah Kacang Paling Sedap dan Mudah

Resepi Kuah Kacang yang saya kongsikan ni agak mudah dan sedap. kuah kacang adalah salah satu hidangan utama pada hari raya dan menjadi pelengkap kepada lemang atau ketupat nasi.

masakan ini sangat popular di masyarakat Malaysia dan biasanya paling sedap dihidangkan bersama satay dan nasi Himpit. berbeza dengan daerah utara kuah kacang ni disediakan bersama cucur udang. agar kuah kacang rasanya sedap haruslah mempunyai rasa pedas, masin, manis, dan lemak.
Resepi Kuah Kacang

Resepi Kuah Kacang


resepi ini sangat simple jadi sesuai lah dengan saya yang tidak mempunyai banyak masa untuk berlama-lama di dapur. aromanya paling best ketika sedang mendidih dalam kuali dan saya sangat suka menikmati saat-saat tersebut.

okay. jom kita cuba resepi kuah kacang dibawah

Bahan-Bahan

  • 400 gm kacang tanah - goreng tanpa minyak dan kisar hingga halus
  • minyak secukupnya untuk menumis
  • air secukupnya
  • gula dan garam secukupnya
  • 1/2 cawan air asam jawa
Bahan Kisar
  • 2 biji buah keras
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 6 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang merah
  • sedikit belacan
Cara Cara

1. mula-mula panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar tadi hingga harum

2. lepas tu masukan kacang yang sudah dikisar tadi bersama air asam jawa dan air kemudian masak hingga kuah pekat dan perasakan dengan gula dan garam.

3. akhir sekali, bila sudah siap bolehlah dihidangkan bersama satay dan nasi himpit.

agar kuah kacang boleh tahan lama simpan di dalam peti ais dan jangan campur santan dalam kuah kacang tadi. air asam jawa berguna untuk menambah tahan lama hingga 10 hari. sampai jumpa diresepi berikutnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kuah Kacang Paling Sedap dan Mudah"

Poskan Komentar