Resepi Kek Milo Bakar Mudah dan Sedap [3 Minit OK]

sudah punya idea untuk memasak buka puasa nanti? jika tidak ada idea memasak boleh lah ikut resipi kek milo yang akan saya kongsikan hari ini. resepi ini mudah dan simple, bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati.

percaya tak, saya siapkan kek milo ini hanya dalam masa beberapa minit sahaja. sebenarnya, menyediakan suatu hidangan atau memasak bukanlah suatu yang sukar. bila anda sudah biasa untuk menyediakan pasti cepat dan mudah sahaja.
Resepi Kek Milo Bakar

Resepi Kek Milo Bakar


sebagai suri rumah kita kena bijak dalam mengurus belanja dapur kerana sekarang ini bahan-bahan yang semakin mahal harganya. oleh itu, ramai orang lebih suka masak masakan yang simple dan mudah.

sebenarnya, idea untuk membuat kek milo ini mulanya selepas aku kehabisan serbuk koko untuk membuat kek coklat kukus. jom kita layan resepi sedap dibawah.

Bahan-Bahan

  • 4 sudu besar milo
  • 4 sudu besar susu segar
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 4 sudu besar gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • choc rice dan choc chip untuk hiasan
  • 2 - 3 mug atau ramekin - yang boleh dibakar dalam microwave
Cara Penyediaan

1. mula-mula campurkan baking powder dan tepung gandum kemudian ayak sampai rata. selepas tu masukan milo, susu, minyak jagung, baking powder, gula halus, vanilla, tepung dan telur ke dalam mangkuk pengadun. kemudian kacau hingga rata.

2. siapkan ramekin atau mug kemudian tuangkan adunan 1/2 atau 3/4 bahagian mug sahaja. kerana bila dibakar adunan akan tumpah dan kembang. kemudian taburkan hiasan choc rice dan choc chip diatasnya.

3. bakar dalam microwave selama 3 minit kerana bila lebih masa ianya akan sedikit keras. bila tak ada microwave boleh gunakan oven dan bakar selama lebih kurang 15 minit dalam oven.

bagaimana mudah dan simple sahaja kan resepi kek milo bakar yang saya kongsikan hari ini.semoga kita sentiasa sihat agar boleh selalu menyediakan masakan untuk keluarga tersayang.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kek Milo Bakar Mudah dan Sedap [3 Minit OK]"

Poskan Komentar