Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk

Gulai Ikan Tongkol resepi ini biasanya dimakan bersama nasi dan lebih popular dipanggil nasi berlauk kerana sudah menjadi signature Dish di negeri kelantan. masakan ini sangat popular di kelantan dan dimakan sampai tak kira masa.

untuk membuat gulai ini perlu memaska agak lama sampai ianya benar-benar pecah minyak dan untuk mula-mula ianya memang agak cair dan setelah lama dimasak ianya akan menjadi pekat. bila sudah pekat ditambah lagi air dan ulang sampai mencapai kepakatan yang disukai.
Resepi Gulai Ikan Tongkol


Resepi Gulai Ikan Tongkol


saya share resepi cara menyediakan gulai ikan tongkol disini untuk memudahkan rujukan para bujuang yang ingin belajar cara memasak di masa depan. resepi ini penyediaanya cukup mudah dan rasa gulai ni macam singgang sikit tapi singgang yang diletak santan memang sedap.

Resepi Berkaitan:



biasanya saya menyediakan gulai ikan tongkol ni bersama nasi putih atau nasi terengganu dan memang rasanya amat sedap. jom langsung sahaja kita layan resepi sedap dibawah ini.

Bahan-Bahan

  • 1 kg ikan tongkol
  • 10 biji cili api
  • 8 gm rempah masak cap bunga rose
  • 3-4 sudu besar cili kering kisar 
  • 6 biji belimbing buluh
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 kotak santan atau air secukupnya
  • 1 pek rempah gulai cap bunga rose - bancuh dengan sedikit air
Bahan Kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 hiris lengkuas
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
Cara Masak Gulai Ikan Tongkol

1. mula-mula bersihkan ikan kemudian rebus bersama garam dan 4 asam keping hingga mendidih atau airnya tinggal setengah.

2. panaskan minyak dalam periuk lain tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga agak garing kemudian rempah gulai dan masak lagi hingga pecah minyak dan harum.

3. selepas tu masukan santan dan kacau hingga pecah minyak kemudian masukan ikan bersama garam secukupnya, asam, dan gula melaka. masak hingga pekat dan merenih.

4. akhir sekali, masukan belimbing buluh dan cili padi, renihkan sekejap kemudian angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas-panas atau nasi terengganu.

bila anda nak ke kelantan jangan hairan sebab pagi-pagi lagi orang kelantan dah makan nasi berlauk kerana memang budaya mereka. bagaimana resepi gulai ikan tongkol yang saya kongsikan mudah kan? sampai jumpa di resepi sedap seterusnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk"

Poskan Komentar