Resepi Tomyam Ayam Pekat dan Mudah

halo jumpa lagi di blogopsi.com hari ini saya ingin kongsikan resepi tomyam ayam pekat dan mudah. mula-mula saya ingin meminta maaf kerana blog ini tidak saya update selama 1 minggu sebab saya ada bercuti bersama keluarga.

sebenarnya sudah lama saya simpan entri ni, malam ini kena share juga resepi ni. biasanya apabila saya memasak tom yam ayam pekat nih jangan pedas terlampau. kena sesuaikan dengan tekak kanak-kanak jua.
Resepi Tomyam Ayam

Resepi Tomyam Ayam


tomyam ayam ni sangat sedap lagi mudah, kuahnya pekat dan agak masam membuat korang tidak sabar ingin mencubanya. sekurang-kurangnya bila ibu-ibu masak bagi keluarga makan, mereka semua happy dan saya pun turut happy itulah sebab saya tak sabar ingin kongsikan resepi ini.

resepi ini juga sesuai bila anda ingin memasak benda yang cepat sahaja yang berkuah, lauk, dan sayur dan yang paling sesuai memang tomyam ayam pekat sedap ni. jom kita layan resepi dibawah.

Bahan-Bahan

  • 1/4 ekor ayam - potong kecil
  • 3 biji cili padi
  • 4 helai daun limau purut - buang urat daun tengah
  • 2 sudu perencah tomyam
  • 3 batang serai - diketuk
  • 1 biji tomato
  • pelbagai sayuran - saya gunakan carrot & caulifower
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 1 cm halia - ketuk
  • 1 cm lengkuas - diketuk
  • air secukupnya
  • gula dan garam 
  • 1 biji limau kasturi
  • 1 sudu susu pekat
Bahan Kisar
  • 4 biji bawang merah
  • 1 - 9 biji cili merah - sesuaikan pedas menurut selera
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai
Cara Membuat Tomyam Ayam Pekat

1. mula-mula panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan harum. masukan perencah tomyam dan gaul hingga sebati. 

2. masukan air kedalam periuk dan masukan pula ayam dan bila ayam agak mulai masak masukan lengkuas, serai, daun limau purut, dan bawang besar. halia, dan sayur. biarkan sekejap.

3. perah limau kasturi dan ambil airnya kemudian masukan gula, garam, susu pekat, dan tomato.

4. akhir sekali, bila sudah masak boleh matikan api dan siap dihidangkan bersama nasi putih panas-panas.

bila anda menganggap resepi ini berguna boleh share dengan adik-adik untuk depa plak try masak dan mudah sahaja kan resepi tomyam ayam pekat ini. sampai jumpa di resepi sedap berikutnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Tomyam Ayam Pekat dan Mudah"

Poskan Komentar