Resepi Nasi Minyak Terengganu Sedap

Hello Apa Khabar, sihat ke? hari ini saya ingin kongsikan resepi nasi minyak terengganu. makanan ini sangat popular masyarakat malaysia. resepi yang saya kongsikan ini sangat mudah dan bagi anda yang tak reti nasi minyak harapnya entri ini boleh membantu anda yang sedang kebingungan hendak memasak.
Resepi Nasi Minyak Terengganu

Resepi Nasi Minyak Terengganu


nasi minyak terengganu adalah makanan yang biasa disediakan di majlis kenduri kahwin sebagai sarapan pagi. jom kita layan resepi sedap dibawah.

Bahan Nasi

  • 1 kg beras siam
  • 4 ulas bawang putih - mayang
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 cm halia - hiris
  • 125 ml susu cair
  • 1 biji bawang besar - mayang
  • 1 1/4 liter air
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 helai daun pandan
  • garam secukupnya
Bahan Tumis Nasi
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
Bahan Gulai
  • 1 ekor ayam - potong mengikut selera
  • 3 sudu besar cili giling
  • 3 biji kentang dibelah
  • 125 ml santan pekat
  • 3 sudu besat rempah kari
  • 20 ml air asam jawa
  • 2 sudu besar kerisik
  • air secukupnya
  • gula melaka, garam, dan gula secukup rasa
Bahan Tumis Gulai
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
Bahan Kisar gulai
  • 1 cm lengkuas
  • 1 cm halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang kunyit putih
Cara Memasak Nasi Minyak Terengganu

Masak Nasi

1. cuci bersih beras kemudian toskan. kemudian panaskan minyak bersamaminyak sapi dan marjerin.

2. tumis bahan tumis nasi bersama bawang putih, halia, bawang besar, dan daun pandan hingga wangi.

3. kemudian masukan air dan kacau rata hingga biarkan mendidih. selepas mendidih masukan beras, garam, dan susu.

4. akhir sekali, kacau rata dan biarkan nasi masak

Masak Gulai

1. panaskan minyak dalam kuali kemudian bahan tumis gulai bersama cili giling. masak hingga wangi dan garing.

2. kemudian masukan bahan kisar dan kacau rata. bila sudah garing masukan rempah kari yang dibancuh bersama air dan kacau rata hingga naik minyak.

3. masukan ayam bersama kentang dan air asam jawa. biarkan masak sebentar kemudian masukan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.

4. perasakan dengan gula melaka, garam, dan gula secukupnya biarkan hingga kuah pekat dan mendidih. gunakan api sederhana supaya ayam masak sempurna

5. akhir sekali, angkat dan hidangkan bersama nasi minyak dan acar timun mentah..

bagaimana mudah sahaja kan resepi nasi minyak terengganu yang saya kongsikan dan sampai jumpa di resepi sedap seterusnya. selamat menjamu selera!

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Nasi Minyak Terengganu Sedap"

Poskan Komentar