Resepi Kacang Pool Haji Paling Mudah

setiap Aidil Adha tiba pasti semua umat islam di seluruh dunia merayakanya dan ada sebahagian orang yang pergi haji di tanah arab. biasanya menu yang biasa di hidangkan ialah kacang pool. hari ini saya ingin berkongsi resipi kacang pool haji paling mudah.

sejak makan kacang pool haji masa balik saya amat suka dan saya cuba mencari resipi kacang pool ini. akhirnya, ada rakan facebook yang share cara buat kacang pool haji ni. senang je hubby masak kacang pool.
Resepi Kacang Pool Haji

Resepi Kacang Pool Haji


biasanya setiap hari Idul Adha tiba kita cuti 2 hari, boleh rehat-rehatkan badan dan tenangkan fikiran. kacang pool haji sangat popular di masyarakat Johor dan Singapura. masakan ini awal mulanya dibawa oleh orang-orang arab ke Malaysia dan lama-kelamaan ia menjadi sebahagian himpunan resepi tradisi.

kacang pool haji boleh kita temui di kedai-kedai orang arab seperti suria, Mesir dan sebagainya. bahan utama masakan ini ialah kacang pool yang dimsak bersama daging cincang dan dihidangkan bersama telur mata kerbau bawang besar yang didadu, hirisan cili hijau, dan tomato yang di potong dadu.

anda boleh juga menggunakan daging kambing sebagai pengganti daging lembu. jom langsung saja kita layan resepi kacang pool haji sedap dibawah.

Bahan-Bahan

  • 10 biji bawang merah @
  • 4 ulas bawang putih @
  • 1 inci halia @ [tanda @ dikisar halus]
  • 300 gram daging lembu dicincang
  • 2 camca besar rempah kari daging - baba's
  • 1 tin kacang pool
  • 1 tin red beans, sebarang jenama
  • 1 camca teh lada hitam - ditumbuk halus
  • 1 tin kecik baked beans
  • 1 camca besar serbuk ketumbar
  • 2 camca besar minyak sapi
  • gula dan garam secukupnya
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis
Bahan Lain
  • limau kasturi - belah 2
  • bawang besar - didadu kecil
  • cili hijau - dipotong
  • Roti naa - boleh gunakan roti perancis atau semabarang roti
  • tomato - didadu
  • minyak sapi dipanaskan hingga cair

Cara Membuat Kacang Pool Haji

1. cuci bersih daging cincang di bawah air paip tapi sebelumya letakan di dalam tapis kemudian toskan. remas kacang pool hingga pecah tapi jangan sampai lumat. kemudian satukan serbuk ketumbar, rempah kari, dan air 1/3 cawan kemudian kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan.

2. panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian masukan minyak sapi dan biarkan sekejap. kemudian tumis bahan kisar halus tadi hingga naik bau. masukan pes rempah dan kacau hingga rata. gunakan api kecil dan kacau sentiasa hingga naik minyak. kemudian masukan daging cincang dan masak selama 10 minit.

3. masukan 1 liter air (boleh kurangkan sesuai selera) kacau hingga air mendidih. masukan baked bean, kacang pool, dan kacang merah. kacau sentiasa dan gunakka api sederhana selama lebih kurang 12 minit.

4. akhir sekali, masukan lada hitam tumbuk dan perasakan dengan gula dan garam. kacau rata dan masak sekejap dan bila sudah masak boleh matikan api.

Cara Menghidangkan

bila hendak menghidangkan, cedok kacang pool secukupnya kedalam mangkuk sesuai kemudian taburkan cili hijau, tomato, dan sedikit bawang besar dan letak sekeping telur mata kerbau. tuangkan sedikit minyak sapi panas dan perahkan sedikit jus limau kasturi dan hidangkan bersama roti sesuai selera anda.

bagaimana mudah sahaja kan resepi kacang pool haji yang saya kongsikan ini dan sampai jumpa di resepi-resepi sedap berikutnya ye.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kacang Pool Haji Paling Mudah"

Poskan Komentar