Resepi Burger Malaysia Mudah, Lembut dan Paling Sedap

Resepi Burger Malaysia Mudah dan Sedap merupakan makanan yang sangat popular di masyarakat kita. biasanya bila saya pergi ke pasar malam burger malaysia selalu yang pertama saya cari dan paling sedap bila inti sambal ikan bilis agak pekat supaya burger tidak lembik.

sebenarnya, sudah lama saya ingin share resepi nih tapi sekarang baru ada kerajinan ingin membuatnya. menu ini sangat sesuai untuk dijadikan minum petang. biasanya bila saya buat nasi lemak pasti sambalnya lebih dan sambal itu saya jadikan burger malaysia.
Resepi Burger Malaysia Mudah

Resepi Burger Malaysia


burger malaysia adalah salah satu makanan kegemaran anak-anak dan sering saya beli di gerai tapi selalu tak puas makan sambal intinya sedikit dan kadang-kadang hanya sambal tanpa ikan bilis.

resepi ini sangat mudah dan boleh disedikan sekejap sahaja. bila kita buat sendiri pasti lebih sedap dan rangup. jom langsung sahaja kita layan resepi burger malaysia dibawah.

Bahan-Bahan

  • 200 gm tepung gandum
  • 140 ml susu atau air
  • 2 sudu kecil dry yeast
  • 2 1/2 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • timun
  • sambal ikan bilis
  • minyak untuk menggoreng
Cara Membuat Burger Malaysia

1. mula-mula campurkan tepung gandum, susu, gula halus, garam, dan dry yeast ke dalam mangkuk sesuai. uli campuran tadi hingga tidak melekat ditangan  kemudian bulat-bulatkan dan biarkan kembang 2 kali ganda

2. tumbuk doh roti tadi supaya angin keluar kemudian bahagikan kepada 8 bahagian dan buat bentuk bulat.

3. kemudian biarkan naik dua ganda lagi. panaskan minyak dan goreng bulatan tadi hingga berwarna kekuningan atau hingga masak.

4. akhir sekali, belah roti tadi tapi ingat jangan sampai putus kemudian isi dengan timun yang dihiris nipis dan sambal ikan bilis. okay, burger siap untuk dihidangkan.

Note:
sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukan didalam kuali supaya doh tidak melekat di tangan.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Burger Malaysia Mudah, Lembut dan Paling Sedap"

Poskan Komentar