Resepi Biskut Famous Amos Mat Gebu

Apa Khabar semua, hari ini saya ingin kongsikan resepi biskut famous maos mat gebu. makanan ini sangat sesuai untuk dihidangkan di hari raya dan boleh menjadi pilihan anda untuk menu biskut raya 2016 ini.

biskut ini memang sedap dan pada pendapat saya biskut ini setanding dengan keenakan biskut famous amos yang mahal itu. rasa biskut ini sangat rangup dan menarik perhatian dan bagi kawan-kawan yang sukakan biskut ini boleh cuba membuatnya sendiri.
Resepi Biskut Famous Amos

Resepi Biskut Famous Amos


sudah beberapa hari aku cuti update entri di blog ini, maklumlah kerana kesibukan yang sangat menghabiskan masa dan mood yang juga turun naik. di hari raya nanti biskut ini biasanya sering kita temukan kerana cukup populer sebagai menu hidangan biskut raya.

agar rasa lebih sedap ketika membutanya bolehlah dimasukan walnut, bunga matahari, atau kekacang lain. resepi yang akan saya tulis ini untuk separuh adunan yang akan menghasilkan 55 - 60 keping biksut.

Artikel Berkaitan:


jika ingin dapat lebih boleh tambah adunan dengan menggandakan semua bahanya kecuali telur. jom kita layan resepi biskut famous amos sedap dibawah

Bahan 1

  • 1 biji telur 
  • 1/2 cawan butter/ mentega
  • 1/2 sb susu segar - susu tepung
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/2 sk extract vanilla
  • 1/4 cawan gula kaster
  • sedikit garam
Bahan 2
  • 1 sb tepung jagung - diayak
  • 2 cawan tepung gandum - di ayak
  • 1 sb serbuk koko - diayak
  • 1 cawan semi sweet chocolate chips
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk cream pf tartar nona atau boleh juga 1/2 sk jus lemon
  • 1/2 cawan walnut cincang 
Cara Membuat Biskut Famous Amos

1. siapkan mangkuk besar dan campurkan semua bahan 1 dan gaul rata hingga sebati menggunakan whisk.

2. ayak tepung gandum bersama serbuk koko, soda bikarbonat, tepung jagung, dan serbuk cream of tartar dan masukan tepung kedalam adunan tadi sedikit demi sedikit.

3. kacau adunan yang sudah dicampur tadi boleh menggunakan spatula hingga rata kemudian masukan chocolate chips dan walnut dan kacau lagi hingga adunan agak lembik.

4. ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan menggunakan tangan atau boleh juga sudukan kemudian taruh diatas loyang. sesuaikan jarak setiap adunan diatas loyang kerana nanti biksut akan mengembang.

5. akhir sekali, bakar loyang kedalam oven bersuhu 160'C selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak. dan bila sudah masak angkat dan sejukan biskut. bila sudah sejuk biskut siap dihidangkan.
Resepi Biskut Famous Amos

agar boleh mendapatkan biskut yang tidak terlalu rapuh tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan dan bila anda menganggap resepi biskut famous amos yang saya share ini bermanfaat boleh share pada media sosial dibawah.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Biskut Famous Amos Mat Gebu"

Poskan Komentar