Resepi Acar Buah Istimewa Paling Sedap

Resepi Acar Buah Paling Sedap ialah resepi yang dipejari turun-temurun yang dipelajari dari emak. saya termasuk orang penggemar acar dan hampir 1 bulan sekali saya biasanya membeli di pasaran. tapi acar dipasaran rasa lebih kepada manis dari yang dipelajari dari emak.

bulan puasa sebentar lagi tiba semoga keadaan anda sihat agar dapat menjalani berpuasa dengan lancar. seperti biasa kalau aku balik mak mesti buat acar buah ni. saya sangat suka acar buatan emak sebab rasa mesti berbeza mana nak sama dengan air tangan mak aku.
Resepi Acar Buah Sedap

Resepi Acar Buah Sedap


acar buatan mak saya amat harum dengan rempah-rempah disamping manis-manis buah, pedas-pedas cili padi dan cuka. sebenarnya sudah banyak yang share resepi acar buah ni dan menurut saya semuanya sedap. tapi resepi yang ingin saya share ni sangat istimewa.

untuk membuatnya saya tambahkan beberapa buah-buahan jeruk modern. resepi ini sangat mudah dan boleh disediakan dalam sekejap. jom kita layan resepi dibawah.

baca juga: resepi acar ikan masin kurau

Bahan yang saya gunakan ialah buah jeruk tapi berpulang pada resepi masing-masing ye kerana ada yang menggunakan belimbing kecut. (anggaran dalam 3 cawan buah jeruk)

Bahan Rempah

  • 2 ulas bawang putih @
  • 4 ulas bawang merah kecil @
  • 1 inci halia @ (tanda @ tumbuk lumat)
Bahan Lain
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • minyak masak
  • 3 sudu besar cili blender
  • bijan - goreng kering
  • 2 sudu besar tomato puri
  • cuka
  • kayu manis dan bunga lawang
  • garam dan gula secukupnya

Cara Membuat Acar Buah

1. mula-mula panaskan minyak kemudian tumis bahan kayu manis, cili blender, dan bunga lawang hingga wangi.

2. masukan tomato puri bersama serbuk kari dan kacau sekejap. selepas tu masukan bahan lain dan kacau hingga rata. kemudian perasakan dengan gula dan garam.

3. akhir sekali, kacau sekejap, angkat dan taburkan dengan bijan. acar buah lebih sedap dihidangkan bersama nasi tomato.

bila sudah cukup rasa masamnya tak perlulah letak cuka. bagaimana mudah sahaja kan resepi acar buah yang saya kongsikan ni? sampai jumpa di resepi sedap berikutnya ye.

Postingan terkait:

1 Tanggapan untuk "Resepi Acar Buah Istimewa Paling Sedap"

  1. Mudah caranya. Kena cuba masak untuk rasa pulak. Tweima kasih

    BalasHapus