Resepi Udang Goreng Tepung Rangup dan Mudah

Resepi Udang Goreng Tepung adalah makanan kegemaran saya kerana rasanya sangat rangup dan membuatnya juga mudah. biasanya bila beli di kedai masakan khas thailand kita boleh jumpai resepi sedap ini dan harganya ialah RM 3.5 untuk sepinggan atau 6 ekor udang goreng celup tepung.

Artikel Berkaitan:


anak-anak suka dan hubby sangat dengan udang goreng tepung ini. bahkan, bila saya kat pergi ke pasar pasti meminta saya untuk membeli udang. bila anda ingin membuat udang goreng tepung tak susah hanya sahaja diperlukan masa agak lama untuk penyediaanya.

Resepi Udang Goreng Tepung

Resepi Udang Goreng Tepung Rangup

udang goreng tepung akan terasa lebih rangup apabila dihidangkan panas-panas dan juga semakin sedap. biasanya saya menggoreng udang ini dibiarkan bengkok tapi anda boleh juga di goreng lurus seperti Ebi Tempura. Jom kita layan resepi udang goreng tepung rangup dibawah.

Bahan-Bahan
Resepi Udang Goreng Tepung


  • 80 gm tepung gandum
  • 25 ekor udang
  • 1 sudu kecil baing powder
  • 100 ml air
  • sedikit kunyit (bila ingin udang berwarna putih tak perlu letak kunyit)
  • sedikit garam

Cara Membuat Udang Goreng Tepung

1. siapkan mangkuk atau bekas kemudian masukan garam bersama baking powder dan tepung gandum. masukan air dan kacau hingga rata dan biarkan selama 30 minit sebelum digunakan atau boleh juga dimasukan ke dalam freezer.

2. bersihkan udang hingga benar-benar bersih kemudian keringkan udang dengan kitchen tissue dan pastikan semua bahagian udang benar-benar sudah kering.

3. panaskan minyak yang banyak kerana nanti agar udang boleh tenggelam ketika digoreng. pegang bahagian ekor udang dan celupkan udang kedalam bancuhan tepung.

4. pada bahagian ekor tak bersalut tepung pun tak ape. kemudian masukan kedalam minyak yang sudah panas tadi dan goreng hingga warnanya cantik atau keperangan.

5. akhir sekali, angkat dan toskan, agar lebih sedap hidangkan bersama sos pencicah atau cos cili thai, mayonis.

Note:

1. agar ketika menggoreng tidak meletup pastikan semua bahagian udang yang bersalut tepung benar-benar kering.

2. bancuhan tepung jangan terlalu cair agar boleh melekat pada udang.

3. bila ingin menggoreng udang menjadi luruh hiris menyerong bahagian bawah udang dan buat 3 - 5 hirisan bergantung kepada saiz udang.

resepi udang goreng tepung rangup ini akan lebih sedap bila dihidangkan panas-panas dan sampai jumpa diresepi selenjutnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Udang Goreng Tepung Rangup dan Mudah"

Poskan Komentar