Resepi Telur Bistik Mudah dan Sedap

Resepi Telur Bistik sudah menjadi kegemaran untuk mereka mereka yang bujang sebab hidangan ini sangat ringkas dan mudah tetapi sedap dan sangat sesuai untuk hidangan menjamu diri sendiri atau menjamu kawan-kawan.

bila anda tiada selera untuk memakan daging atau ikan maka telur bistik inilah yang boleh menjadi pilihan terbaik untuk anda atau boleh menjadi penyelamat bila anda terlewat untuk bangun pagi.

Resepi Telur Bistik Mudah

Resepi Telur Bistik Mudah

untuk resepi yang akan saya share ini menggunakan 3 biji telur. tapi engkau boleh menambahkan menjadi 4 atau 5 sesuai selera anda. semua orang suka resepi sedap ini. anak-anak kerap meminta untuk menyediakan ini.

cuma kalau macam buat untuk anak-anak janganlah pedas biarlah dia biasa-biasa sahaja. jom kita layan resepi telur bistik sedap dibawah.

Bahan-Bahan

  • 3 biji telur - dipukul sedikit
  • 5 biji cili padi - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih -  cincang halus
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 1/2 camca besar sos cili
  • 1/3 cawan daging cincang
  • 1 camca besar mayonaise
  • 1/2 kiub pati daging lembu
  • sedikit Sos Ikan
  • sedikit air
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 cawan mix vege (jagung, kacang pis, karot)
  • 1/2 inci halia - cincang halus
Bahan Hiasan
  • hirisan daun bawang
  • cili merah - buang biji dan potong kecil
Cara Membuat Telur Bistik Sedap

1. panasan minyak, kemudian tumis cili padi, bawang putih, halia, dan bawang besar hingga harum. bila sudah harum masukan sos tiram dan kacau rata.

2. tambahkan daging cincang dan kiub daging (opsyenal) kemudian masukan sedikit air dan kacau rata. masak sekejap.

3. masukan sos tomato bersama dengan sos cili kemudian kacau rata dan masak menggunakan api kecil hingga pekat. tambahkan mix vege kemudian gaul rata dan masak sebentar.

4. perasakan jika kurang masin renjis dengan sedikit sos ikan. kemudian gaul hingga rata dan matikan api lalu ketepikan.

5. satukan telur dengan serbuk lada hitam dan mayonaise kemudian kacau rata. panaskan sedikit minyak menggunakan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci. selepas tu goreng telur tadi hingga masak dan masukan ke dalam pinggan yang sesuai.

6. tuang semua bahan yang sudah dimasak pertama tadi diatas telur dadar dan ratakan. untuk hiasan tabur hirisan cili merah dan hirisan daun bawang.

7. akhir sekali, hidangkan bersama nasi putih hangat.

sebenarnya, ramai juga orang yang sudah buat resepi telur bistik ini cuma style mungkin agak berbeza dan sampai jumpa lagi diresepi berikutnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Telur Bistik Mudah dan Sedap"

Poskan Komentar