Resepi Kek Aiskrim Kitkat Mudah dan Sedap

hello bunda, apa kabar? hari ini sangat panas dan membuat saya cepat haus. di musim panas seperti sekarang ini paling sedap memakan makanan sejuk-sejuk. selesai saya memikirkan idea untuk membuat makanan yang sesuai akhirnya saya putuskan untuk membuat kek aiskrim. resepi kek aiskrim kitkat yang akan saya kongsikan ini sangat mudah dan sedap juga.

terik panas di siang hari akan segera terubat bila menikmati hidangan sejuk. sebenarnya saya dapat resepi kek aiskrim ini dari rakan saya di facebook dan sudah saya simpan sudah lama juga. hari inilah hasrat untuk membuat aiskrim ini baru muncul.
Resepi Kek Aiskrim Kitkat

Cara Buat Kek Aiskrim Kitkat


saya sebenarnya sudah cukup banyak membuat resepi aiskrim dan bila anda ingin mencuba resepi aiskrim sedap lainya boleh baca pada artikel dibawah.

pada yang ingin mencuba resepi kek aiskrim kitkat ini yang pastinya sedap. jom kita layan resepi simple dibawah

Bahan-Bahan
  • 2 paket kecil bebola coklat kitkat
  • perisa aiskrim jagung/coklat - ikut sesuai selera
  • 1 paket besar coklat kitkat
  • papan/ tapak kek
  • cake ring
Cara Buat Kek Aiskrim Kitkat

1. siapkan papan kek untuk alas paling bawah kemudian letakan cake ring berbentuk bulat diatas papan kek.

2. selepas tu susun coklat kitkat disekeliling cake ring. masukan aiskrim ke dalam cake ring yang sudah disusun tadi dan ratakan menggunakan sudu.

3. kemudian taburkan bebola coklat kitkat diatasnya dan sejukan didalam freezer/ peti sejuk selama minimal 4 jam atau semalaman.

4. akhir sekali, bila dah sejuk buka cake ring dan kek aiskrim kitkat siap untuk dihidangkan.

bagaimana mudah sahaja kan resepi kek aiskrim kitkat yang saya kongsikan ini dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya. selamat mencuba.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kek Aiskrim Kitkat Mudah dan Sedap"

Poskan Komentar