Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Paling Mudah

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi ialah makanan yang banyak digemari oleh kebanyakan masyarakat malaysia. biasanya masakan ini paling sedap dimakan bila petang dan ayam masak lemak memiliki banyak versi ada resepi orang johor, resepi minang, dan resepi negeri sembilan.

apapun  versinya masakan ini tetap sedap karena kuah yang terasa pedas dan daging ayam yang mat gebu membuat makanan ini banyak digemari oleh orang banyak dan salah satunya adalah suami saya yang setiap akhir week pasti meminta saya untuk membuat ayam masak lemak cili api ni.
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi


bagi orang yang biasa makan rasa pedas masakan ini sangat cocok karena dapat menjadi makanan pembuka. tapi tidak dapat selalu dimakan sebab ia berlemak. hari ini saya ingin kongsikan resepi ayam masak lemak cili padi yang sangat sesuai untuk adik-adik yang baru nak belajar masak gulai atau masak berkuah kerana olahan ini amat mudahnya.

bahan utamanya ialah cili padi, kunyit, dan juga serai. tapi gunakan kunyit hidup dan jangan lupa untuk bawa daun-daun kunyit hidup juga sehelai atau dua helai cukuplah. sebenarnya sudah banyak yang share resepi ini kat cik google.

Artikel Berkaitan:



tapi, resepi yang akan saya share ini mengikut cita rasa saya sendiri. jom kita layan resepi ayam masak lemak cili padi dibawah.

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam - potong sesuai selera, bersihkan dan toskan
  • 1 keping asam gelugor
  • 4 biji kentang - kupas dan setiap 1 belah menjadi 4 bahagian dan rendam
  • 2 kotak santan segera (asingkan ikut 1/4 pekat, yang lebih buat cair sedikit)
  • 3 batang serai - diketuk
  • 2 helai daun kunyit - dimayang halus
  • gula dan garam secukupnya
  • air bila perlu
Bahan Kisar Halus
  • 30 biji cili padi kampung 
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • segenggam ikan bilis

Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Padi Sedap

Ayam Masak Lemak Cili Padi

1. panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar halus bersama dengan serai dan bila sudah harum masukan masukan ayam dan gaul hingga rata atau hingga ayam kecut. selepas tu masukan kentang yang sudah direndam dan di toskan tadi. masak hingga kentang menjadi empuk.

2. masukan santan cair bersama dengan asam gelugor dan bila kurang kuah boleh tambah sedikit air kemudian biarkan hingga mendidih.

3. masukan santan pekat kemudian kacau rata dan persakan dengan gula dan garam secukup rasa. masukan hirisan daun kunyit kemudian kacau rata.

4. akhir sekali, biarkan mendidih di api kecil dan kacau selalu dan bila ayam sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

Note:

#asam gelugor dan kentang berguna untuk mengurangi rasa pedas dengan ini semua keluarga termasuk anak-anak kecil boleh ikut menyantapnya.

#saya tambahkan sedikit ikan bilis halus agar ayam masak lemak cili padi lebih sedap dan anda boleh mencubanya.

bagaimana mudah sahaja kan resepi ayam masak lemak cili padi yang saya kongsikan ini dan sampai jumpa di resepi-resepi sedap berikutnya ya.

Postingan terkait:

1 Tanggapan untuk "Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Paling Mudah"

  1. Assalam..
    Sy blum pernah skali pun masak lemak ni.. In sya Allah akan sy buat2 berani utk cuba resepi ini..

    BalasHapus