Resepi Asam Pedas Melaka Asli

Resepi Asam Pedas Melaka Asli hari ini menarik hati saya untuk mencuba resepi mungkin kerana saya penggemar asam pedas ni. asam pedas melaka sangat digemari oleh kebanyakan orang malaysia. entri ini sebenarnya saya buat semalam tapi baru publish hari ini.

asam pedas yang saya buat kali ini agak pekat tapi akan lebih sedap bila guna ikan segar. resepi ini saya dapat dari ibu mertua dan banyak yang tanya apa beda asam pedas melaka dengan asam pedas lain?

Artikel Berkaitan:



resepi ini lebih banyak menggunakan rempah ratus seperti halba, jintan dan masih banyak lagi. tapi ada juga yang menambahkan kelapa yang dipanggang ke dalam kisaran rempah tadi. selain bunga kantan dan daun kesom dan kari dan serai boleh menjadi herba yang wajib ada dalam asam pedas melaka ini.
Resepi Asam Pedas Melaka Asli

Resepi Asam Pedas Melaka Asli


any way, dulu saya juga pernah ke melaka dan mencuba asam pedas di pusat makanan didepan museum museum kapal tu. tapi saya lupa namanya dan ketika saya memakanya rasanya sangat sedap dan lazat. selepas itulah saya ingin cuba membuat resepi asam pedas melaka asli, jom kita layan resepi mudah dibawah.

Bahan-Bahan

  • 700 - 900 gram ikan pari
  • 2 biji tomato
  • 1 genggam daun kesom
  • 1 kium ikan bilis - opsyenal
  • 1 camca pes asam asam jawa
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 - 2 terung ungu - saiz besar 
  • 1 kuntum bunga kantan - belah 2
  • 2 senduk nasi cili kisar - boleh kurangkan sesuai selera
  • gula dan garam secukupnya
  • air secukupnya
  • 3/4 camca teh jintan halus @
  • 3/4 camca teh jintan kasar @
  • 1/2 camca teh lada hitam @ (tanda @ goreng tanpa minyak kemudian tumbuk halus)
Bahan Tumis
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 biji bawang merah - hiris
  • 1 ulas bawang putih - hiris
  • 1/2 camca teh halba

Bahan Kisar

  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 8 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
Cara Membuat Asam Pedas Melaka Asli

1. ikan pari dipotong sederhana kemudian perap dengan jus limau selama lebih kurang 17 minit. cuci bersih kemudian toskan

2. terung di belah 2 kemudian setiap belahan dipotong menjadi 3 bahagian dan rendam. tomato tadi belah menjadi 4 bahagian setiap 1 

3. panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan tumis tadi bersama dengan serai hingga naik bau. kemudian masukan bahan kisar halus dan masak sekejap. gunakan api kecil dan tambahkan cili kisar masak kemudian kacau rata hingga naik minyak.

4. masukan pes asam jawa bersama bahan tumbuk halus tadi dan air secukupnya kemudian kacau rata hingga mendidih. masukan daun kesom, bunga kantan, ikan pari yang sudah dipotong tadi, dan kiub ikan bilis jika guna. 

5. masukan juga terung dan masak hingga terung menjadi lembut. kemudian perasakan dengan gula dan garam. masukan tomato yang sudah dipotong tadi dan masak sekejap.

6. bila sudah masak matikan api dan hidangkan bersama nasi putih panas-panas dan lauk lainya.

ramai orang yang minat asam pedas melaka asli ini tapi banyak juga yang tidak tahu cara membuatnya dan semoga resepi yang saya kongsikan ini boleh menjadi berguna. sampai jumpa di resepi sedap berikutnya ya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Asam Pedas Melaka Asli"

Poskan Komentar