Resepi Aiskrim Sumi [Jelly Paling Viral]

Semalam saya berbual dengan rakan dan dia berkata apakah engkau tahu makanan yang tengah popular pada masa ini? saya jawab saja bahawa saya tidak tahu dan rakan saya menjelaskan tentang aiskrim sumi yang kata dia tengah viral di masyarkat malaysia.

Akhirnya, saya meminta resepi aiskrim sumi jelly yang tengah viral ini dan terus saja saya cuba membuatnya sendiri dan alhamdulillah ternyata saya pandai juga membuatnya. sekarang ni memang ramai orang membuat aiskrim sumi. bahkan, kalau saya buka facebook pasti gambar aiskrim sumi muncul didepan mata.
Resepi Aiskrim Sumi

Resepi Aiskrim Sumi

saya juga cuba bertanya kepada google dan ramai juga yang sudah share resepi aiskrim sumi ni. aiskrim ini sangat sesuai bila dimakan ketika musim panas dan bila anda ingin membelinya seharga RM 0,30 untuk satu batang.

aiskrim ini juga nampak colorfull sebab ada sumi/ jelly di dalamnya yang pasti nampak sedap bila dimakan. jom kita langsung sahaja layan resepi dibawah.

Bahan-Bahan

  • 1 tin susu pekat manis
  • 1,5 liter air putih yang sudah dimasak
  • 1 tin susu cair
  • sumi jelly secukupnya - saya gunakan 3 paket
  • garam secukupnya
Cara Membuat Aiskrim Sumi/ Jelly
Cara Membuat Aiskrim Sumi/ Jelly

1. campurkan susu pekat, susu cair, garam, dan air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih

2. siapkan bekas yang berbeza dan masukan sumi/jelly ke dalam bekas tadi dan asingkan 

3. hancurkan sumi atau belah menjadi beberapa bahagian mengikut selera atau anda boleh juga menambahkan nata de coco pun boleh

4. sudukan sumi ke dalam plastik aiskrim secukupnya. kemudian masukan campuran susu yang sudah di masak tadi, ikat kemudian goncangkan dan letakan di atas pinggan.

5. akhir sekali, bekukan sumi ke dalam freezer sampai benar-benar beku dan sedia untuk dimakan.

Nota:
resepi aiskrim sumi/ jelly ini sangat mudah dan anak-anak juga suka. tapi, bagi anda yang tenagh berdiet tak sesuai sebab sangat tinggi gula dan kalori.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Aiskrim Sumi [Jelly Paling Viral]"

Poskan Komentar