Resepi Satay Ayam Sedap dan Mudah

hari ini saya nak kongsikan resepi satay ayam sedap, satay ayam adalah adalah masakan kegemaran keluarga saya. makanan ini sangat popular di malaysia, indonesia, singapura dan Brunei. bahkan di benua amerika juga ada satay ayam tepatnya di negara guyana.

satay adalah kepingan daging yang diperap dengan rempah kemudian dicucuk pada batang lidi dan kemudian dibakar diatas bara api. satay ayam paling sedap bila dihidangkan bersama ketupat, timun, dan kuah kacang.
Resepi Satay Ayam Mudah

Resepi Satay Ayam Sedap

satay yang popular di malaysia ialah satay kajang yang dihidangkan dengan sambal asing . jadi kalau nak pedas kita letaklah sambal itu. yang membuat resepi ini sangat sedap ialah bumbu kuah kacang yang sangat power.

resepi satay ayam mudah yang saya kongsikan ini didapat dari rakan saya dari johor. jom kita layan resepi dibawah

Bahan-Bahan

  • 1 kg daging ayam
  • kayu lidi secukup dan direndam semalaman ini agar lidi tidak haungus semasa proses membakar
  • 3 sudu besar madu atau gula merah
Bahan Kisar
  • 3 cm lengkuas
  • 4 cm halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 batang serai - hiris ambil bahagian putih sahaja
Bahan Sangai
  • 3 sudu besar biji ketumbar - disangai dan ditumbuk halus
  • 2 sudu besar biji jintan putih - disangai dan timbuk halus
  • 2 sudu besar biji jintan manis - disangai dan tumbuk halus
  • garam dan gula secukupnya
  • 2 sudu besar minyak masak
Bahan Minyak Untuk disapukan semasa bakar
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar air
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 biji buah keras - ditumbuk
satukan semua bahan kecuali serai dan kisar halus serai yang telah ditik perdunya digunakan sebagai berus untuk merejis minyak atas daging.

Cara Buat Satay Ayam

1. potong daging berbentuk kiub kemudian cuci dan toskan airnya. sementara itu kita sangai bahan-bahan tadi dan kisarkan juga semua bahan kisar. 

2. siapkan bekas kemudian masukan daging ayam yang sudah dipotong tadi bersama madu dan gaul rata. masukan bahan kisar dan bahan sangai ke ayam tadi dan perasakan dengan gula dan garam. kemudian gaul lagi.

3. perap ayam selama lebih kurang 3 jam di dalam freezer. tetapi, bila semalan itu lebih baik sebab bahan perapan lebih meresap ke dalam daging.

4. keluarkan daging dalam peti ais dan cucukan dengan lidi dan untuk meleperkan daging boleh menggunakan jari tulunjuk dan ibu jari. sisa air perapan jangan dibuang kerana untuk membuat kuah satay.

5. pembakaran satay mesti hati-hati jangan sampai lidi hangus terbakar, gunakan minyak merenjis yang disapukan ke seluruh bahagian daging agar daging tidak cepat kering apabila dibakar.

6. terbalikan satay 3 - 4 kali agar matang diseluruh bahagian. 

mudah je kan resepi satay ayam yang saya kongsikan ini. sekarang kita cuba untuk membuat kuahy satay ayam. 

Resepi Kuah Kacang

600 gm kacang tanah - digoreng, separuh tumbuk kasar dan separuh di blender halus

Bahan Kisar
  • 20 tangkai cili kering - digoreng
  • 20 gm udang kering - rendam sekejap dan cuci bersih
  • 4 biji buah keras
  • 3 batang serai - ambil bahagian putih sahaja
  • 5 biji bawang merah ros - belah 4 dan digoreng
  • 1 sudu besar ketumbar - disangai dan kisar halus
  • 1 sudu kecil erbuk jintan manis - disangai dan kisar halus
  • 3 ulas bawang putih - dibelah 2 dan digoreng
  • 3 cm lengkuas
  • 1/2 inci belacan bakar
sangai biji ketumbar dan jintan kemudian angkat dan ketepikan. siapkan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih dan bawang merah sehingga layur kemudian angkat dan ketepikan. goreng juga lada kering, angkat dan ketepikan. kemudian satukan semua bahan dan kisar halus.

Bahan Lain
  • 40 gm asam jawa - dicampur air dan ambil jusnya
  • 1 cawan gula kabung dan melaka
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis
  • air perapan daging
  • air secukupnya
  • 1 batang serai - dititik
  • gula dan garam secukupnya
Cara Penyediaan
Resepi Satay Ayam Sedap

1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis serai yang telah ditik tadi dan masukan semua bahan kisar dan masak sehingga terbit minyak. masukan juga air perapan daging dan renihka sehingga terbit minyak.

2. masukan kacang yang sudah ditumbuk halus sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati dan masak. bila kuah agak pekat tambahkan air dan renihkan semua bahan tadi sehingga mendidih.

3. masukan gula, garam, gula melaka, air asam dan masukan juga santan. kemudian masakkembali hingga kuah menjadi pekat.

4. akhir sekali, bila kuah dah masak masukan ke dalam bekas dan hidangkan bersama satay.

sebaiknya buat kuah kacang terlebih dahulu sebelum bakar satay. resepi saya ayam yang mudah ini akan lebih sedap bila dihidangkan juga bersama nasi nasi himpit atau ketupat.

Postingan terkait: