Resepi sambal Goreng Jawa Kegemaranku

Resepi Sambal goreng jawa memang istimewa sebab sangat popular di masyarakat melayu. sejak kecil saya sudah biasa disajikan dengan sambal goreng jawa ini. resepi ini biasanya dibuat untuk menyambut hari saya.

sambal goreng jawa sangat sedap bila disajikan bersama nasi ambeng. banyak versi resepi yang boleh bonda jumpai dan terpulang kepada citarasa seseorang untuk membuatnya. tetapi, sambal goreng bagi masyarkat jawa ini sebenarnya bukanlah dihidangankan ikut sesuka hati.
Resepi sambal Goreng Jawa

Resepi Sambal Goreng Jawa

sambal goreng ini mengandungi campuran pelbagai bahan jadi ketika masak sedikit pun jadi banyak. lazimnya masakan ini ditemui setiap kali diadakan kenduri atau majlis yasinan. hari raya besar sebentar lagi akan tiba dan bonda boleh mencuba membuat resepi sambal goreng jawa ini sebagai menu utama nanti.

Jom kita layan resepi dibawah!

Bahan Hiris/ Potong

  • soo hoon sebungkus kecil - digunting dan direndam
  • 5 keping tempe - dihiris kecil dan nipis
  • 5 biji kentang sederhana besar - hiris tebal dan kecil
  • ikan bilis - di goreng
  • 3 keping tauhu basah - potong kotak kecil
  • 2 biji bawang besar - hiris
  • 3 keping tauhu kering - digunting bentuk kotak dan direndam
Bahan Kisar
  • 10 biji bawang merah
  • 15 tangkai cili kering/ padi
  • 5 biji bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci serai
  • 1/2 cawan ikan bilis - direndam terlbih dahulu
Bahan Tambahan
  • 1/4 cawan asam jawa
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • kicap lemak manis
  • gula dan garam secukupnya
Cara Buat Sambal Goreng Jawa
Resepi sambal Goreng Jawa

1. kentang yang sudah di potong tadi di goreng kemudian toskan airnya. selepas tu goreng tauhu basah, tempe, dan ikan bilis

2. siapkan kuali dan panaskan minyak goreng semua bahan kisar. kemudian kacau sehingga harum dan naik bau. masukan juga bawang besar yang sudah dihiris.

3. masukan semua bahan yang sudah di potong dan di goreng tadi. tetapi sedikit demi sedikit ya. bila semua bahan dah masuk kacau rata sekali lagi. masukan juga soo hoon yang direndam tadi dan tauhu kering.

4. masukan asam jawa, kicap lemak manis, dan santan pekat. kemudian masukan juga gula, garam, dan perasakan. kemudian kacau terus sehingga kering.

5. bila sudah kering sambal goreng jawa siap dihidangkan.

resepi sambal goreng jawa yang saya kongsikan ini adalah resepi original dan bila anda jadi menantu orang jawa siap mencuba resepi ini ya.

Postingan terkait: