Resepi Nasi Lemak Paling Sedap dan Wangi

Hari ini saya sangat malas masak sebab saya tidak punya idea mahu memasak apa hari ini. setelah duduk lama akhirnya terlintas untuk membuat nasi lemak. resepi nasi lemak memang sedap dan merupakan makan tradisi dan sangat popular di malaysia.

makanan ini boleh didapati di seluruh negara jiran seperti Indonesia, Singapura, dan Brunei. selain masakan ini sangat sedap juga sangat ringkas dalam penyediaanya dan kebiasanyaa disediakan bersama ikan bilis goreng, timun, kacang goreng, telur, dan sambal.
Resepi Nasi Lemak Paling Sedap

Resepi Nasi Lemak Sedap dan Mudah

nasi lemak sangat sedap bila dihidangkan pada waktu pagi. tetapi, dinikmati ketika malam atau siang pun tetap sedap juga. jom kita layan resepi dibawah

Bahan Untuk Nasi

  • 3 cawan beras
  • 3 hiris halia
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 1 cawan santan
  • 3 cawan air - boleh tambah jika atau dikurangi bila diperlukan
  • 1 helai daun pandan 
  • secubit garam
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 helai daun pandan
Cara Buat Nasi Lemak

1. basuh beras dengan air sehingga bersih kemudian toskan hingga hilang airnya.

2. siapkan perikut dan pijarkan minyak kemudian tumis serai, daun pandan, halia, bawang sehingga wangi.

3. masukan air dan santan kemudian masak sehingga mendidih. tambah garam dan kacau rata.

4. tuangkan beras yang sudah kita toskan tadi ke dalam periuk nasi. kemudian kita tuangkan juga santan yang sudah kita masak tadi dan masak nasi seperti biasa.

5. bila dah masak kacau nasi menggunakan shopsyik agar beras tak patah.

Bahan Untuk Sambal
  • 6 sudu besar chili giling
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 1 biji bawang tumbuk - hiris
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 biji bawang besar - ditumbuk
  • sedikit air asam jawa
  • segenggam ikan bilis ( sebahagian di goreng dan sebahagian di tumbuk)
  • sedikit gula, garam, dan perasa
Cara Buat Sambal
Resepi Nasi Lemak Paling Sedap

1. tumis cili giling, bawang putih, bawang besar, ikan bilis, dan bawang merah sehingga pecah minyak. kemudian masukan bawang besar hiris, air asam jawa, dan sedikit air agar sambal tidak pekat.

2. bila sudah mendidih masukan ikan bilis yang sudah kita goreng tadi dan sesuaikan rasa. 

bila ingin agar resepi nasi lemak terlihat cantik bonda boleh menambahkan bahan sampingan lain seperti terlur, timun, dan kacang tanah. sekian resepi nasi lemak sedap yang saya kongsikan semoga resepi ini bermanfaat.

Postingan terkait: