Resepi Kulit Karipap Rangup Mudah dan Sedap

Hari ini saya nak kongsikan resepi kulit karipap rangup mudah dan sedap yang boleh menggelarnya karipap atau epok-epok. bagi bonda yang tinggal di Johor pasti ada yang pernah dengar kuih ini digelar tepung bawang.

saya juga salah satu penggemar karipap dan saya belajar cara buat kulit karipap dari ibu mertua saya. karipap sangat sedap bila dimakan panas-panas. tetapi, bila dah sejuk kulit biasanya dah lembik. setelah belajar yang cukup lama akhirnya saya berjaya buat karipap sesedap buatan ibu mertua saya sehingga saya mendapaat pujian daripada ibu mertua saya.
Resepi Kulit Karipap Rangup


Resepi Kulit Karipap Rangup


sebelum kita mulai mencuba membuat resepi ini, resepi yang saya share ini adalah gabungan dari beberepa resepi yang terbaik setidaknya menurut saya. jom kita layan resepi dibawah

Bahan-Bahan

  • 6 biji kentang sederhana besar - dipotong dadu
  • 3 sudu besar serbuk sari
  • 3 ulas bawang merah - dikisar
  • 3 sudu besar cili kering - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 2 tangkai daun sup
  • segenggam ikan bilis atau udang
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • minya masak untuk menumis

Cara Masak Inti Karipap Udang

1. panaskan minyak dalam kuali kemudian masukan separuh bawang besar yang sudah di potong dadu dan separuhnya dimasukan jika kentang sudah empuk.

2. bila kentang sudah harum masukan semua bahan kisar tadi dan kacau sehingga naik bau. masukan juga gula dan garam bersama serbuk sari dan perasakan.

3. selepas itu masukan kentang dan toskan airnya. kemudian, masukan 2 cawan air agar kentang cepat empuk. selepas tu tutup kuali menggunakan tudung periuk dan penutup pengukus agar kentang cepat lembut.

4. biar sehingga kentang lembut. kemudian jika airnya dah kering masukan separuh bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama sup yang sudah dihiris.

5. angkat inti kentang dan masukan ke dalam bekas dan biar sehingga cepat sejuk. sekarang bonda boleh membuat kulit karipap.

Bahan Kulit Karipap

  • 500 gram tepung gandum
  • 2 sudu minyak masak yang sudah dipanaskan
  • 1 mug sederhana besar berisi air yang telah dicampur garam.
Cara Buat Kulit Karipap
Resepi Kulit Karipap Rangup

1. siapkan bekas yang sesuai kemudian masukan tepung bersama minyak masak tadi. bila minyak masih terasa panas boleh kacau dengan sudip dan bila minyak dah sejuk boleh menguli menggunakan tangan.

2. uli doh dengan cara masukan air sedikit demi sedikit yang sudah di campur garam tadi. terus kuli sehingga tepung sudah tidak melekit di tangan dan bairkan sekejap lebih kurang 15 minit.

3. uli lagi kemudian bentuk menjadi bulat-bulatan sebelum dicanai untuk dimasukan inti. agar kulit karipap rangup semasa menguli mesti pastikan tidak menggunakan air berlebih. 

4. pastikan bonda memasukan air sedikit demi sedikit kerana sukatan air dalam resepi ini bergantung pada doh yang kita kuli.

5. agar kelim karipap tidak terbuka semasa menggoreng sapu bahagian keli dengan air masak. dan agar karipap yang kita buat menjadi rangup mesti menggunakan minyak yang banyak semasa menggoreng. 

6. selain itu gunakan api sederhana sahaja dan rajin balik-balikan karipap dalam kuali.

bila bonda gunakan api besar karipap hanya akan masak diluar tetapi menjadi liat disebelah dalam. demikianlah resepi kulit rangup mudah yang saya kongsikan hari ini semoga bermanfaat.

reseource : http://cikmatahariku.blogspot.co.id/2014/05/petua-mudah-buat-karipap-rangup.html

Postingan terkait: