Resepi Biskut Nestum Paling Sedap dan Rangup

hai jumpa lagi dengan saya di blog blogopsi.com. hari ini bonda masak apa di rumah? bila tidak mempunyai idea boleh lah membaca resepi biskut nestum sedap yang saya kongsikan hari ini. biskut nestum merupakan menu makanan yang wajib tersedia ketika hari raya seperti hari Raya Aidil Fitri.

bila masa hari raya tiba tidak sah ramaikan hari raya tanpa biskut nestum. makanan ini sangat sedap dan rangup, anak-anak saya sangat suka dengan biskut ni. yang membuat biskut ini best ialah rasa bijirin nestum yang ada didalam dan diluar biskut.
Resepi Biskut Nestum Paling Sedap

Resepi Biskut Nestum Crunchy

setiap hari raya tiba saya pasti buat biskut nie, jom kita tengok sahaja resepi biskut nestum sedap dibawah

Bahan A

  • 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
  • 1 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 cawan bijirin nestum original - tak perlu dikisar
  • 1 cawan bijirin nestum original - dikisar halus
Bahan B
  • 1/2 cawan gula kastor 
  • 1 biji telur gred A @ B
  • 125 gm Butter
  • 1 tsp esen vanilla
Bahan Hiasan
  • Buah ceri - dipotong kecil
  • bijirin nestum secukupnya - letakan didalam pinggan
Cara Buat Biskut Nestum Sedap

#1: siapkan bekas dan masukan semua bahan A ke dalam bekas dan ketepikan

#2: didalam mangkuk pengadun pukul butter dengan gula hingga sebati kemudian masukan telur dan esen vanilla dan pukul kembali hingga sebati.

#3: selepas tu masukan bahan A ke dalam adunan tadi. uli hingga membentuk adunan doh yang lembut kemudian balut doh degan plastik pembalut. kemudian simpan di dalam freezer selama lebih kurang 30 minit.
Resepi Biskut Nestum Crunchy

#4: bila dah di sejukan kemudian keluarkan adunan dan cubit sedikit dan bulat-bulatkan sehingga bentuk bebola dan golek-golekan bebola ke dalam pinggan berisi bijirin nestum tadi.

#5: siapkan dulang pembakar dan lapir dengan kertas kalis minyak kemudian susun bebola diatas dedualng pembakar. untuk hiasan ambil ceri dan tekankan ditengah bebola
Resepi Biskut Nestum Rangup

#6: bakar bebola ke dalam oven bersuhu 175 drajah Celcius selam lebih kurang 25 minit atau hingga warna biskut menjadi perang. 

#7: akhir sekali, sejukan biskut sebelum disimpan dan biskut kapanpun siap untuk dihidangkan.

resepi biskut nestum yang saya kongsikan ini akan lebih rangup bila betul dalam pembakaranya dan sampai jumpa lagi di resepi seterusnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Biskut Nestum Paling Sedap dan Rangup"

Poskan Komentar