Resepi Biskut Kacang Tanah Traditional Rangup

Salam dan Selamat sejahtera pengunjung dari blogopsi.com hari ini saya ingin kongsikan resepi biskut kacang tanah rangup dan sedap. bulan puasa hampir tiba dan makanan ini sangat sesuai sebagai menu berbuka puasa.

biskut kacang merupakan kegemaran dan sangat popular bagi masyarakat malaysia. sebab, rasanya yang sedap gebu di dalam mulut dan lapisan luaran sangat rangup. biskut kacang tanah ialah makanan tradisi. yang tradisi ialah ramuanya menggunakan minyak sayuran seperti minyak jagung atau kelapa sawit.
Resepi Biskut Kacang Tanah

Resepi Biksut Kacang

biskut ini juga tidak menggunakan mentega atau butter dan yang paling membuat saya suka ialah campuran serbuk kacang tanah dan mentega kacang sungguh sangat sedap. jom kita layan resepi dibawah.

Artikel Berkaitan:

Bahan-Bahan
  • 140 gm tepung gandum - ayak
  • 130 gm peanut butter
  • 100 gm serbuk kacang tanah
  • 200 ml minyak jagung
  • 125 gm gula aising
  • 30 gm tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam
Cara Buat Biskut Kacang Tanah
Resepi Biskut Kacang Tanah

1. pukul gula aising dan peanut butter hingga rata kemudian masukan serbuk kacang tanah, baking powder, tepung, esen vanilla dan garam. gaul hingga rata.

2. masukan minyak jagung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.

3. ambil 1 sudu teh adunan dan gentel menjadi bebola. kemudian sapukan bebola dengan kuning telur dan letak kacang tanah di tengah bebola tadi.

4. masukan dan bakar pada oven bersuhu 140 darjah celcius selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak.

5. akhir sekali, bila dah masak sejukan dahulu kemudian baru boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

sekian resepi biskut kacang tanah yang saya kongsikan dan saya harap boleh bermanfaat untuk anda.

Postingan terkait:

1 Tanggapan untuk "Resepi Biskut Kacang Tanah Traditional Rangup"