Resepi Bihun Goreng Special dan Sedap Nyer

hai jumpa lagi dengan saya di blog blogopsi.com yang sangat sederhana ini. semalam suami meminta saya menyediakan bihun goreng untuk makan malam. 3 hari lepas, saya sangat kekeringan idea untuk sediakan menu makan malam untuk kami sekeluarga.

hari ini saya nak kongsikan resepi bihun goreng sedap dan sesiapa pun boleh menyediakan bihun goreng ini. tapi ada sahaja yang bihun nya sangat sedap berbanding dengan yang lain. pada resepi yang saya kongsikan ini, saya memasukan juga sotong.
Resepi Bihun Goreng Special

Resepi Bihun Goreng Sedap

sebenarnya resepi ini sudah sedap kerana adanya rasa ikan bilis ditumbuk didalam perencahnya. selain itu saya juga menambahkan sayur yaitu karot dan kubis. oke, cakap banyak pun tak berapa banyak guna. jadi jom kita layan resepi bihun goreng sedap dibawah.

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus bihun -  direndam dan di toskan
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar kicap manis jalen
  • 1 mangkuk udang dan sotong
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 mangkuk kubis
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 1 mangkuk karot - hiris memanjang
  • minyak masak secukupnya
  • gula, garam dan serbuk perasa 
Bahan Tumbuk
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 genggam ikan bilis - direndam
Bahan Untuk Hiasan
  • cili merah
  • bawang goreng
  • daun sup
Cara Buat Bihun Goreng Sedap
Resepi Bihun Goreng Sedap

#1: agar sambal bihun lebih sedap, tumis hirisan bawang besar hingga naik bau. kemudian masukan bahan tumbuk dan kacau rata. masukan cili kisar dan kacau rata. gunakan api kecil agar cili benar-benar garing dan masak.

#2: setelah cili garing masukan gula, garam, kicap, sedikit air, dan sos tiram dan masak kembali sehingga terbit minyak. jika sudah terbit minyak masukan karot dan untuk melembutkan karot masukan juga sedikit air.

#3: bila karot sudah setengah lembut masukan sotong dan kacau rata sekejap. masukan bihun dan kacau sehingga bihun lembut. 

#4: masukan sayur kubis dan jika sayur dah lembut tutup api dan hidangkan bersama hiasan tadi.

Nota: jika bihun belum cukup lembut ketika memasak boleh memasukan air sedikit demi sedikit.

sampai disini sahaja resepi bihun goreng sedap yang saya kongsikan dan sampai jumpa di resipi seterusnya ya.

Postingan terkait: