Resepi Asam Pedas Ikan Kembung Mudah

selamat berjumpa kembali di blog saya blogopsi.com yang sederhana ini, hari ini saya nak kongsikan resepi asam pedas ikan kembung. masakan ikan kembong ialah masakan kegemaran saya dan keluarga dan boleh dikatakan masakan kesukaan bangsa johor.

rasa ikan kembung memang sedap dan boleh dibuat apa pun mengikut selera, belum lama ini saya sudah share macam-macam resepi ikan yang boleh anda baca dibawah ini.

ada yang tanya ikan kembong dengan ikan mabong sama tak? memang betul bila sekali tengok akan nampak sama sahaja. tetapi, ikan mabong badanya lebih lebar sedikit dan ikan kembong badanya besar dan panjang.
Resepi Asam Pedas Ikan Kembung

Resepi Asam Pedas Ikan Kembong

bila musim tengkujuh ikan sangat mahal kerana memang tidak musim ikan. jadi, saya saya mengurangkan memasak ikan dan menggantikannya dengan ayam. jom kita layan resepi dibawah

Bahan-bahan
  • 3 ekor ikan kembong - bersihkan dan potong 2
  • 10 batang bendi
  • 1 batang serai - dititik
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 cekak daun kesum
  • minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa
  • 1 kuntum bunga kantan
  • air secukupnya
Bahan Kisar
  • 8 ulas bawang merah 
  • 18 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang cili merah
  • 1 inci belacan
Cara Buat Asam Pedas Ikan Kembong

#1: panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar bersama serai yang dititik tadi. tumis sehingga terbit minyak dan harum.

#2: masukan air asam jawa dan air secukupnya kemudian biarkan sehingga kuah mendidih. masukan daun kesum dan perasakan dengan garam.

#3: masukan ikan dan biarkan merenih dan empuk. masukan bendi dan bunga kantan. bila bendi dah hancur atau lebur dan ikan kembong asam pedas siap untuk dihidangkan.

bagaimana resepi asam pedas ikan kembung yang saya kongsikan ini, mudah kan? sampai jumpa di artikel seterusnya ya.

Postingan terkait: