Resepi Udang Goreng Butter yang Paling Sedap

Resepi Udang Goreng Butter - bila saya makan di restoran seafood saya pasti akan memesan makanan ini. sebab, saya sangat menggemari udang goreng butter.

saya pernah beberapa kali mencuba menyediakan udang goreng butter. itupun setelah beberapa kali mencuba, akhirnya saya berjaya menyediakan makanan ini sendiri.

beberapa waktu lalu saya juga sudah menyediakan resepi cucur udang rangup yang sangat sedap dan mudah. hari ini saya akan menyediakan Buttered Prawn sebab anak-anak dan husben beria-beria suruh masak makanan ini.
Resepi Udang Goreng Butter


Resepi Udang Goreng Butter

Jom Kita Layan Resepi dibawah:

Bahan-Bahan:

  • 10 - 20 ekor udang
  • 5 tangkai daun kari
  • 6  - 8 tangkai cili padi - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • sedikit lada sulah
  • sedikit butter/margerin untuk menumis
  • sedikit serbuk lada hitam/ putih - bila suka
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan susu cair/ susu segar
  • minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan:

#1: siapkan minyak panas dalam kuali kemudian goreng udang yang sudah digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga warnanya cantik dan masak. angkat dan toskan minyaknya dan keluarkan minyak dari dalam kuali kerana tak nak guna lagi

#2: panaskan margerin atau butter di dalam kuali kemudian tumis cili padi, daun kari, dan bawang putih sehingga naik bau.

#3: selepas tu masukan susu cair dan masak sekejap. kemudian masukan udang, serbuk lada, dan sedikit garam. ingat! jangan bubuh banyak garam sebab margarin sudah ada garam.

#4: panaskan sehingga masak dan angkat

langkah seterusnya kita siapkan pula sarang telur sebagai bahan untuk taburan di atas udang tadi.

Bahan Sarang Telur
  • 2 biji kuning telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 senduk butter/ margerin
Cara Penyediaan

#1: panaskan butter ke dalam kuali bersama minyak masak dan bila minyak dalam kuali dah panas pusing-pusingkan minyak dengan senduk. sehingga membentuk bulatan sehala tanpa henti.

#2: kemudian masukan kuning telur sahaja ke dalam butter tadi dan teruskan pusing tu minyak laju-laju sehingga masak dan berwarna keemasan.

#3: setelah dah masak tuangkan ke dalam tapis untuk toskan minyak.
Resepi Udang Goreng Butter

Akhir sekali, bila udang goreng tadi dah masak bolehlah dimasukan ke dalam pinggan dan taburkan sarang telur di atas udang. resepi udang goreng butter ini memang mudah dan sampai jumpa di artikel seterusnya ya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Udang Goreng Butter yang Paling Sedap"

Poskan Komentar