Resepi Kek Coklat Moist Kukus dengan Sukatan Cawan

resepi kek coklat moist kukus adalah resepi turun-temurun dan yang paling banyak digemari khalayak ramai. saya memang sangat suka kek coklat moist atau apa aja kek yang simple macam ini.

kenangan pertama kali mencuba membuat kek kukus memang menakjubkan. saya mula memberanikan diri membuat kek yang sedap ini kerana desakan dari anak-anak. akhirnya, saya pun mulai mencari resepi-resepi berkaitan kek ini di internet.

saya catat juga resepi yang saya baca dalam buku khas dan selepas tu saya mulai memberanikan diri mencuba membuat dengan kemapuan saya.
Resepi Kek Coklat Moist Kukus

Resepi Kek Coklat Moist Kukus 


rasa moist nya kek ini memang tiada duanya, jom kita layan resepi dibawah

Bahan-Bahan Kek Coklat Moist Kukus Dengan Sukatan Cawan

  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu baking powder
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak masak atau marjerin di cairkan

Cara Membuat Kek Coklat Moist Kukus

#1: siapkan kuali kemudian campurkan susu cair, gula, susu pekat manis, marjerin. selepas tu masak di dapur dengan api perlahan sehingga larut dan sekata.

#2: sediakan bekas lain dan masukan serbuk koko, baking powder, tepung gandum, soda bikarbonat.

#3: pukul telur hingga kembang kemudian masukan campuaran bahan pertama tadi ke daam adunan telur.

#4: kemudian masukan sedikit demi sedikit campuran serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder, dan tepung gandum. kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

#5: selepas tu panaskan pengukus dan tunggu sehingga air mendidih. kemudian masukan adunan kek ke dalam loyang. jangan lupa sapukan marjerin pada loyang sebelum dimasukan adunan kek.

#6: tutup loyang dengan alumunium foil tujuanya supaya air wap tak terkena pada kek. dan kukus adunan kek selama lebih kurang 1 jam.

Cara Menyediakan Toping untuk Kek Coklat
Resepi Kek Coklat Moist Kukus

Bahan-Bahan
  • 2 sudu mentega
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu makan serbuk kok
Masukan semua bahan diatas kedalam kuali kemudian kacau perlahan sehingga larut dan bila campuran tersebut dah mulai mendidih boleh diangkat. biarkan sehingga sejuk sebeleum ditungkan ke atas kek coklat moist kukus tadi.

sangat senang bila melihat keluarga saya sangat suka dengan resepi kek coklat moist kukus buatan saya dan sampai jumpa di artikel seterusnya ya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kek Coklat Moist Kukus dengan Sukatan Cawan"

Poskan Komentar