Resepi Puding Jagung Kastard Paling Sedap

salam semua, hari ini saya nak cuba membuat puding jagung kastard dan resepi ini saya ambil dari salah satu blogger singapura tetapi saya dah lupa namanya.

saya ingat dulu saya pernah membuat puding jagung kastard ini. tetapi, tak menjadi seperti sepatutnya. setelah beberapa kali saya cuba akhirnya saya mahir membuat resipi puding jagung.

sejak dahulu kala saya memang suka memasak dan rasanya sangat sedih bila saya gagal untuk membuat resepi yang saya inginkan. puding jagung kastard memang sedap bila dimakan sejuk-sejuk dan bila dimasukan di dalam frezzer boleh tahan beberapa hari.
Resepi Puding Jagung Kastard

Resepi Puding Jagung Kastard 


puding jagung kastard ini sangat sesuai bila dimakan bersama keluarga di hujung minggu. pasti bunda ingin tahu cara membuatnya kan? jom kita layan resipi dibawah

Baca Juga :



Bahan-Bahan:

  • 1 tin jagung manis
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan santan
  • 1 tin susu sejat
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 tin air - guna tin susu sejat tadi
  • pewarna kuning - opsyenal
Cara Membuat Puding Jagung Kastard

#1: masukan gula dan tepung kastard di dalam kuali kemudian kacau rata. kemudian masukan susu sejat (susu cair) dan 1 tin jagung manis ke dalam campuran tadi. bila nak berlemak boleh masukan 1 cawan santan dan bila anda ingin jagung nampak halus boleh di blender terlebih dahulu.

#2: selepas tu masukan garam secukup rasa kemudian masukan air kedalam campuran tadi dan bila semua bahan nampak tak berketul boleh letakan di atas dapur.

#3: nyalakan api tapi ingat gunakan api yang sangat minimal dan kacau sebentar agar adunan tidak berketul-ketul.
Resepi Puding Jagung Kastard

#4: bila bonda ingin warna yang lebih cantik boleh masukan sedikit pewarna kuning kalau tak ada pun tak pe.

#5: kacau sampai nampak berkilat dan pekat. warna berkilat itu yang paling cantik kemudian angkat dan tuangkan dalam loyang.

#6: biarkan seketika sampai sejuk di dalam loyang dan bila dah sejuk baru masukan dalam peti sejuk. Mmmmm Sedaappp bila dimakan sejuk-sejuk.
Resepi Puding Jagung Kastard

bila dah tahu cara sebenar buat puding kastard, anda bolehlah cuba dan sampai jumpa di artikel seterusnya. jangan lupa share ya.

Postingan terkait:

5 Tanggapan untuk "Resepi Puding Jagung Kastard Paling Sedap"

  1. Sedapnya...bulan puasa ni boleh buat juadah utk berbuka puasa nnt....sy share resepi ni ye sis...😄

    BalasHapus
  2. Nak cubalah...mana tau dpt tmbat hati suami dan mertua

    BalasHapus
  3. Tq atas resepi..Buat puding kegemaran family..

    BalasHapus