Resepi Bubur Jagung Bersagu Paling Sedap

salam semua, hari ini saya mahu mencuba membuat bubur jagung bersagu dan bubur jagung nie paling sedap dihidangkan petang-petang. ini salah satu menu favorit saya dan keluarga.

sebenarnya, semasa saya pertama kali cuba membuat bubur jagung rasanya tak pernah enak berbeza sangat dengan bubur jagung buatan kakak saya. akhirnya dengan malu-malu saya tanyakan kepada kakak bagaimana cara membuat bubur jagung yang sedap dan apa saja rahsianya.

kakak saya tidak kasih jawapan tetapi ia malah tertawa dan dengan sedikit ilmu merayu yang saya punya akhirnya kakak sayapun luluh. hehehe
Resepi Bubur Jagung Bersagu

Resepi Bubur Jagung Bersagu 


penasaran kan? jom kita layan resepi dibawah

Bahan-Bahan

  • 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi bila nak lebih manis
  • 3 sudu besar gula merah
  • 4 sudu besar sagu
  • 1.5 liter air - campur dengan santan pekat
  • 100 ml santan pekat (anda boleh gunakan santan tin, kotak, atau segar)
  • garam secubit
Nota :
#kuantiti air disesuaikan mengikut selera anda
#kuantiti gula pasir dan gula merah boleh mengikut selera anda

Cara Membuatnya

#1: basuh sagu sekali dan toskan tetapi ingat jangan direndam kemudian siapkan periuk dan masukan santan pekat yang telah dicampur dengan air, jagung yang telah dihiris, dan secubit garam.

#2: masak di api sederhana sahaja dan kacau sehingga mendidih

#3: selepas tu masukan gula pasir, sagu, dan gula merah dan kacau sehingga sagu bertukar menjadi jernih.

#4: akhir sekali, masak sehingga matang dan siap untuk dihidangkan.

NOTA:
bila anda ingin cepat matang boleh merebus dahulu jagung sampai empuk kemudian barulah dicampurkan dengan santan pekat.

inilah resipi bubur jagung bersama yang saya kongsikan untuk anda sampai jumpa di artikel seterusnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Bubur Jagung Bersagu Paling Sedap"

Poskan Komentar