Resepi Ayam Masak Ungkep Original

apa anda suka masakan khas jawa? hari ini saya nak kongsikan resepi ayam masak ungkep dan resepi ini adalah masakan khas jawa.

sebenarnya ayam ungkep nie mempunyai banyak versi. tapi resipi yang saya kongsikan nie diberikan oleh rakan saya orang jawa dan mungkin boleh dikategorikan sebagai resepi original.

perlu kita tahu yang dimaksudkan ungkep itu ialah semua bahan hendaklah dimasukan menjadi satu supaya mesra dan ayam ungkep nie kita boleh cakap resepi ayam masak ketumbar kerana bumbu ketumbarnya sangat banyak.
Resepi Ayam Masak Ungkep


Resepi Ayam Masak Ungkep


jom kita layan resepi mudah ini untuk hidangan keluarga dirumah

Bahan-Bahan

  • 1kg ayam dipotong sesuai selera - perap dengan kunyit dan garam
  • 1/2 keping asam keping - opsyenal
  • 2 batang serai - dititik
  • gula dan garam secukup rasa
  • 1/2 kotak santan
  • 3 cawan air
  • minyak untuk masak
Bahan Kisar
  • 3 cm kunyit hiudp
  • 10 biji bawang merah
  • 15 biji cili padi
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • sejemput serbuk jintan manis
  • sejemput serbuk jintan putih
  • sejemput serbuk ketumbar
Cara Membuatnya


#1: panaskan minyak dalam kuali kemudian masukan bahan kisar, kacau sampai terbit minyak

#2: selepas tu masukan ayam yang telah diperap tadi kemudian gaul sekejap dan masukan serai, gaul rata hingga warna ayam nampak berubah
Resepi Ayam Masak Ungkep

#3: kemudian tambahkan gula dan garam secukup rasa dan kacau sekejap dan tutup kuali rapat-rapat dan kacau sekali-sekala agar ayam tidak hangus.
Resepi Ayam Masak Ungkep

#4: akhir sekali, bila ayam dah empuk artinya dah masak, matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi Panas Mmmmmm Sedaaappp!

resepi ayam masak ungkep nie boleh jadi pilihan bila anda ketandusan idea dan saya menyediakan resepi nie apabila anak-anak berkumpul dirumah.
Baca Juga:
resepi ayam masak merahresepi ayam masak maduresepi ayam masak paprik ala thai
hari sabtu adalah hari yang paling sesuai untuk saya menyediakan masakan terbaik untuk keluarga.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Ayam Masak Ungkep Original"

Poskan Komentar