Resepi Ayam Masak Hitam Simple dan Mudah

hari ini saya mencuba memasak resepi ayam masak hitam. masakan ini sangat sesuai bila dimakan bersama tomato dan nasi briyani. bila anda tidak tahu cara memasak nasi briyani boleh baca artikel yang sudah saya tulis semalam resepi nasi beriani ayam mudah.

resepi sedap ini saya belajar dari kak Aisyah, jiran sebelah rumah saya. menurut kak Aisyah resepi ini dipelajari dari rakan kerja di Singapura dahulu.
Resepi Ayam Masak Hitam

Resepi Ayam Masak Hitam 


masakan ini juga sangat tahan lama kerana tiada penggunaan santan dan inilah lauk yang akan saya masak hari ini. jom kita layan resepi mudah dan sedap ini.

Artikel Berkaitan Lainya:



Bahan-Bahan

  • 9 tangkai cili kering - kisar halus
  • 4 camca besar minyak
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 2 serbuk besar jintan putih
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar - kisar kasar
  • 1 biji tomato - kisar kasar
  • 1 batang serai - diketuk
  • kicap manis secukup rasa
  • daun kari
  • daun pandan
  • rempah tumis (pelaga, bunga lawang, kayu manis)
  • halia
Cara Memasak Ayam Masak Hitam

#1: potong ayam kecil-kecil sederhana kemudian tumbuk bawang merah, bawang putih, dan halia

#2: selepas tu perap ayam dengan bahan yang sudah di tumbuk tadi ditambah serbuk hitam putih selama lebih kurang 1 jam.

#3: panaskan minyak dalam kuali dan masukan daun kari, daun pandan, dan rempah tumis. kemudian masukan cili kering dan biar sehingga pecah minyak.

#4: masukan ayam yang sudah di perap tadi bersama tomato puree, serai, dan kecap manis secukupnya. kemudian tambahkan air 1/2 cawan dan tutuptudung periuk dan biar sehingga mendidih.

#5: masukan gula, garam secukup rasa, tomato, dan bawang besar dan apabila kuah dah pekat matikan api dan siap untuk dihidangkaan.


resepi ayam masak hitam ini sangat simple dan sedap bila dimakan bersama nasi panas.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Ayam Masak Hitam Simple dan Mudah"

Poskan Komentar