Resepi Sambal Ikan Bilis Kering Melaka Sedap

sambal ikan bilis kering sangat sedap dan banyak disukai kebanyakan masyarakat kita. sebenarnya ikan bilis. sebenarnya sambal ikan bilis sangat banyak dan kemarin saya juga sudah menulis sambal tumis ikan bilis yang pasti anda suka.

banyak orang boleh membuat sambal nie tapi tidak semua orang boleh menghasilkan sambal ikan bilis yang sedap. sebenarnya tidak susah pun menghasilkan sambal ikan bilis yang sedap. cuma teknik semasa membuatnya mesti betul-betul.

sebenarnya saya sudah lama tidak membuat resepi sambal nih jadi saya lupa nak agak-agak ukuranya. jadi saya saya share cara membuat dan bahan-bahanya saja ye.
Sambal Ikan Bilis Kering

Resepi Sambal Ikan Bilis Kering


Bahan-Bahan

  • ikan bilis
  • sedikit bawang merah
  • sedikit bawang putih
  • kacang tanah - ikut seseuai selera je
  • cili kering
  • sedikit garam dan gula
  • minyak masak
Cara Penyediaan


#1: potong cili kering menjadi 2 bahagian kemudian rebus dan bila dah masaak angkat dan toskan sampai kering tak de air yang menetes. setelah itu ditumbuk sampai lumat.

#2: basuh ikan bilis dan jemur bawah cahaya matahari sampai betul-betul kering atau boleh juga keringkan dalam oven. kemudian setelah ikan bilis dah kering goreng sampai garing.

#3: tumbuk bawang merah dan bawang putih sampai lumat dan goreng kacang tanah sehingga garing.

Cara Membuatnya
Sambal Ikan Bilis Kering

#1: panaskan minyak dalam kuali selepas itu masukan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk tadi. goreng sampai nampak garing.

#2: kemudian masukan cili kering yang telah ditumbuk lumat. masak dan biarkan sampai pecah minyak. bila dah nampak pecah minyak masukan sedikit gula dan garam.

#3: bila sudah masak bolehlah tutup api dan biarkan sehingga sejuk. selepas itu bila dah sejuk masukan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi bersama kacang tanah. kemudian gaul rata

#4: akhir sekali, angkat dan hidangkan bersama nasi panas. Mmmmm sedaaappp!

bagaimana resepi sambal ikan bilis kering yang saya bahagikan ini mudah tak?
Baca Juga :
resepi ikan keli goreng berlada
resepi ikan siakap masam manis
resepi ikan tenggiri masak kicap
itu je semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan sampai jumpa di artikel berikutnya ye, terima kasih.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Sambal Ikan Bilis Kering Melaka Sedap"

Poskan Komentar