Resepi Ikan Siakap Masam Manis Sedap dan Simple

resepi ikan siakap masam manis ini asalnya dari bahagian timur negeri cina tetapi melalui masa ke masa telah mengubah resipi ini mengikut selera masa kini.

sebenarnya resepi ini tidak mesti menggunakan ikan siakap anda boleh menggunakan ikan lain mengikut selera anda dan berat ikan yang sesuai untuk resipi ini adalah 1 kg.

sebab, bila ikan itu besar sangat isinya tak molek dan ikan yang ingin masak resepi ini peru goreng garing bertepung dan teknik memotong ikan ini membuatkan anak-anak lebih mudah menikmati ketulan isi ikan yang dimasak.

kemarin saya juga dah menulis resepi ikan siakap goreng 3 rasa dan resepi ikan siakap masak stim limau sedap yang boleh dijadikan idea anda.
Resepi Ikan Siakap Masam Manis

Resepi Ikan Siakap Masam Manis


anda pasti nak cuba resepi yang ringkas ini kan? jom kita lihat cara-caranya dibawah

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan siakap kira-kira 1 kg
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 2 susu besar sos cili
  • 30gm nanas - dipotong dadu
  • 20gm lada benggala hijau
  • 1 labu bawang holand - dihiris kasar
  • 1 sudu besar tepung jagung dan sedikit garam
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong seperti mancis
  • gula, garam, dan lada sulah secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 tangkai cili merah
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak Ikan Siakap Masam Manis

#1: bersihkan ikan siakap, selepas itu siat dagingnya dan dipotong dadu lalu digoreng hingga separuh garing dan bila dah garing ketepikan seketika

#2: panaskan minyak dalam kuali, masukan bawang putih dan tumis hingga agak garing. selepas itu masukan bawang holand dan lobak merah

#3: setelah lobak merah dan bawang holand agak layu masukan masukan air dan semua sos lalu kacau rata.

#4: selanjutnya perasakan dengan guloa, serbuk lada, dan garam secukup rasa. selepas tu masukan nanas, lada benggala, dan cili merah.

#5: akhir sekali, kacau sebentar dan bila ikan dah masak matikan api dan tuang kuah ke atas ikan yang sudah digoreng tadi. hidangkan bersama nasi panas. Mmmmm Sedaaappp!
Nota: teknik memotong ikan yang saya pakai yaitu dengan menyiang seperti biasa. tetapi menghiris ikan dikedua-kedua belah sisi dan seterusnya dipotong dadu. dan jangan lupa tulang ikan bersama-sama kepala juga digoreng rangup.
itulah resepi ikan siakap masam manis yang boleh anda cuba di rumah dan selalu kunjungi blog saya ini kerana saya akan menulis resipi-resipi lainya yang tak kalah sedap.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Ikan Siakap Masam Manis Sedap dan Simple"

Poskan Komentar