Resepi Ikan Siakap Goreng 3 (tiga) Rasa

resepi ikan siakap tiga rasa - sedapnya rasa ikan siakap apalagi versi goreng boleh membuat anda melayang sampai ke langit. saya sendiri sangat suka ikan siakap. bahkan, setiap weekend selalu membeli di restoran.

namun, sebenarnya saya juga boleh membuatnya sendiri di rumah. namun, kerana saya sudah bekerja jadi tak pernah memasak ikan kegemaran saya ini.

  
Resepi Ikan Siakap 3 Rasa
sekarang kita balik ke ikan siakap goreng 3 rasa yang saya masak beberapa hari lalu. pasti anda ingin tahu bagaimana cara membuatnya bukan?

jom kita tengok resepi yang sangat lazat ini


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap (boleh kukus atau goreng) 
  • garam secukupnya
  • 100 ml air (jika anda ingin kuah nak lebih boleh tambhakan air [jika ikan dikukus])
  • 2 sb minyak
Bahan Cincang Halus:
  • 2 biji cili merah
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 cm halia muda
  • 3 ulas bawang putih
Bahan Sos:
  • 1 sk kicap manis
  • 2 sb gula pasir
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb cili kisar
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos plum (guna sos ikan)
  • 1 sb jus limau nipis
Bahan-Bahan dihiris Halus:
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 4 - 5 biji cili padi

Cara Membuat Ikan Siakap Goreng 3 Rasa


#1: pertama. sediakan kukusan dan lumuri ikan dengan garam dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. sediakan pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. kemudian, taruh ikan pinggan tersebut.

#2: siapkan kuali dan panaskan minyak. selepas itu tumis bahan-bahan cincang selama 1 minit. masukkan cili kisar dan goreng hingga cili agak masak sebelum dimasukan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. koco rata.

#3: selepas mendidih. masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.

#4: masak kuah hingga masak dan kelihatan sedikit pekat dan tuangkan diatas ikan yang telah digoreng atau dikukus.

#5: terakhir, sediakan dengan nasi putih panas-panas.
Baca juga:
resepi ikan siakap stim limau
resepi ikan kembung masak kicap
resepi ikan siakap tiga rasa ini boleh dihidangkan untuk 3 - 4 orang dan semoga anda selalu senang berkunjung di blog saya ini, terima kasih.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Ikan Siakap Goreng 3 (tiga) Rasa"

Poskan Komentar