Resepi Ikan Kembong Masak Kicap Sedap

Resepi ikan Kembung Masak Kicap - ikan kembung memang sudah bukan hal asing lagi di telinga kita dan masakan ikan kembung juga boleh kita beli di restoran. 

ikan kembung dipilih kerana mempunyai rasa yang sedap serta mempunyai ciri khas. biasanya saya menulis resipi ikan bakar tetapi kali ini saya ingin sesuatu yang berbeza.

walau pada hakikatnya masakan ikan kembung biasa-biasa saja tetapi sudah menjadi kegemaran setiap peringkat umur.

selain ikan kembung, saya juga menyukai masakan ikan bawal, ikan pari, ikan gurame, dan ikan tenggiri. sebenarnya resipi ikan kembong masak kicap sangat mudah. anda hanya tidak boleh memasak sampai garing.


pemilihan kicap juga sangat penting. saya biasa memakai kicap lemak manis jalen dan ditambah sedikit kicap pekat jalen.

Resepi Ikan Kembong Masak Kicap

Resepi Ikan Kembung Masak Kicap 


mungkin anda sudah tidak sabar ingin segera mencubanya dirumah dan sedikit tips jika anda suka rasa pedas boleh menambah 3 - 4 cili yang diketuk.

Bahan-bahanya:
  • 4 ekor ikan kembong saiz besar
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 biji cili merah - dihiris serong
  • 1/4 camca teh cuka makan JALEN
  • 1 camca teh kicap pekat JALEN
  • 5 camca besar kicap lemak manis JALEN
  • 1 camca besar sos tiram JALEN
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 1 biji bawang besar - dihiris bulat dan leraikan
  • 1 biji cili hijau - dihiris serong
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/3 cawan air
  • 1/3 camca serbuk lada surah
  • terakhir, hirisan daun bawang untuk hiasan :-)
Cara Memasak Ikan Kembung:

#1: pertama, ikan kembong disiang dan dicuci sampai bersih. lepas tu kelar sedikit dan tabur dengan 1/2 camca teh garam dan 1 camca teh serbuk kunyit sampai rata dibadan ikan.

#2: kemudian goreng ikan kembung sampai masak dan tak perlu sampai garing. goreng lembab-lembab sudah memadai. lepas tu angkat dan sisihkan.

#3: langkah berikutnya panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali. tumis bawang putih, halia, bunga lawang, dan kayu manis sampai harum. 

#4: selanjutnya masukan sos tiram dan kacau rata. tuang air, masukan cuka makan, kicap lemak manis, dan kicap pekat. kacau dan biarkan mendidih.

#5: masukan ikan bersama bawang besar dan tambahkan hirisan cili merah , serbuk lada surah, cili hijau, dan kacau perlahan. jika anda merasa sudah masak boleh matikan api.

#6: Terakhir, taburkan hirisan daun bawang dan ikan kembung masak kicap istimewa siap dihidangkan :)

jika anda menganggap artikel ini bermanfaat boleh share melalui sosial media di bawah.
Baca Juga : 
resepi ikan pari bakar sambal spesial
resepi ikan bakar portugis
resepi ikan bakar berempah
Terima Kasih,

Postingan terkait:

1 Tanggapan untuk "Resepi Ikan Kembong Masak Kicap Sedap"