Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai Paling Sedap

hello jumpa lagi dengan saya, hari ini saya nak kongsi resepi ayam masak paprik ala thai yang saya masak semalam.

resepi ini saya dapat ketika saya berkunjung ke rumah saudara di kuala lumpur. saudara saya pandai masak ayam masak paprik ini kerana rasa dan warnanya sangat cantik.

resepi ini asal dari negara thailand oleh kerana itu dinamakan ala thai. yang paling utama masakan ini sangat simple sedap dan cepat untuk disediakan.
Resepi Ayam Masak Paprik

Resepi Ayam Masak Paprik ala Thai


beberapa waktu lalu saya juga sudah menulis resepi ayam masak kurma yang boleh anda jadikan menu masak hari ini.

anda pasti ingin segera cuba dirumah kan? jom kita layan resepi dibawah:

Bahan-Bahan

  • 2 keping dada ayam - hiris nipis
  • 4 biji cili padi - diketuk
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris serong
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 inci halia - hiris halus
  • 1/2 labu bawang besar - hiris memanjang
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam
  • sedikit kicap manis
Bahan Sayuran
  • 2 biji putik jagung - dihiris
  • 2 tangkai kacang polong - dihiris pendek
  • bunga kobis - dipotong kecil
  • 1/2 biji karot - dihiris memanjang
Cara Memasak Ayam Masak Paprik
Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai

#1: panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.


#2: sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.

#3: masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.

#4: masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.

#5: Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm Sedaappp!
Ayam Masak Paprik Ala Thai

Nota : anda boleh tambahkan sedikit air bila kuah agak pekat
bagiamana mudah kan resepi ayam masak paprik ala thai yang saya nak kongsi ini. 
Baca Juga:
resepi ayam masak halia
resepi bebola ayam cheese
resepi mee kari ayam special
terima kasih anda sudah mau berkunjung di blog saya yang sederhana ini. sampai jumpa di artikel seterusnya.

Postingan terkait:

11 Tanggapan untuk "Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai Paling Sedap"

  1. xsedap sayur dia agak layur(terlebih masak)klu mkn xrangup syurnyer xsedap...maaf..kaler lauk pun xcantik..maaf...

    BalasHapus
    Balasan
    1. kalau ada blog sendiri n resepi yg lebih bagus boleh share ye..jgn pandai kondem je

      Hapus
    2. Xsedap? awak dh rasa ke?
      POYO LEBIH ni.

      Hapus
  2. Sedaap nie..yg komen xsedap tu,dia bukan pandai masak pon..dengki lebih..haha

    BalasHapus
  3. Sedap lah... jeles tu cakap tak sedap ..

    BalasHapus
  4. Coba dulu aargh baru nak komen
    Xpandai masak xyah nak komen sayor owang eeek

    BalasHapus
  5. Dah try. Sdap sgt2. Smpai abah saya suruh buat seminggu menu yg sama je. Tq utk resepinya ya. Terbaikk!!

    BalasHapus
  6. Die ckp tak sedap sebab tak pandai masak. Terbukti resepi tak masak tpi beri cara..yg masak org yg mencube.kipidapp

    BalasHapus
  7. mie same ckp sedap padahal dia kuali pn tak kenal nk komen pulok hahhaaha

    BalasHapus
  8. Eeemm.. Longok yg ckp x sedap..

    BalasHapus
  9. yg komen tk sdap tu mungkin dia org asli thai jd dia tahu rasa yg sedap spatutnya mcmana...nih yg masak org melayu, mmg rSa melayu la.. #jgnlecamsesiapa

    BalasHapus