Resepi Ayam Masak Madu Sedap dan Simple

Resepi ayam masak madu yang saya kongsikan ini sangat simple dan saya rasa anda boleh terus mencubanya di rumah. sebenarnya hari ini saya malas sekali untuk memasak tapi kerana sebagai isteri yang baik saya tetap perlu memasak.

korang rajin memasak tak?

saya harap anda minat memasak sangat kerana sebagai wanita korang mesti pandai masak. saya sendiri mula-mula tak minat masak tapi lama-lama akan jadi biasa dan senang je memasak nie.

ayam masak madu nie paling sedap bila taburkan bawang goreng atau daun sup diatasnya dan resepi ini juga sesuai untuk anda yang baru-baru nak belajar memasak.
Resepi Ayam Masak Madu

Resepi Ayam Masak Madu


jom kita layan resepi dibawah:

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • bawang besar - dipotong bulat
  • bawang merah - dikisar
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar madu
  • tomato - dibelah 4
  • kulit kayu manis
  • air - ikut nak kuah banyak atau tak
  • garam secukup rasa

Cara Memasak Ayam Masak Madu
Resepi Ayam Masak Madu

#1: basuh dan potong ayam sesuka hati kemudian ayam digaram kunyitkan. selepas tu ayam digoreng separuh masak angkat dan toskan dan ketepikan.

#2: tumis bahan kisar tadi sampai naik bau kemudian masukan kulit kayu manis dan bila dah nampa garing masukan air, sos cili, sos tomato, dan madu.

#3: masukan ayam dan biarkan ayam masak sepenuhnya dan perasakan dengan sedikit garam.

#4: akhir sekali masukan tomato dan bawang besar dan bila dah empuk angkat dan ayam siap dihidangkan.

bagaimana resepi ayam masak madu nie simple sangat kan?
Baca Juga:
resepi ayam masak paprik ala thai
resepi ayam masak kurma
resepi ayam masak halia berkuah
resepi ayam masak merah
semoga resepi yang saya share ini bermanfaat dan sampai jumpa di artikel berikutnya, terima kasih.

Postingan terkait:

1 Tanggapan untuk "Resepi Ayam Masak Madu Sedap dan Simple"