Resepi Ayam Masak Kurma Special

resepi ayam masak kurma special adalah hidangan yang tak asing lagi disetiap kenduri kendara. makanan ini juga sangat sedap untuk berbuka puasa.

saya suka masak ayam kurma ni sebab bahan-bahanya senang nak cari dan proses membuatnya pun tak rumit atau merenyahkan. sama hal dengan resepi ayam masak halia yang saya tulis beberapa minggu yang lalu.

menurut saya hidangan ini sangat mudah dan sedap. pastikan juga anda menggunakan santan dan ayam yang segar bagi mendaptakan rasa yang terbaik.
Resepi Ayam Masak Kurma

Resepi Ayam Masak Kurma


tak usah bercakap lama-lama lah berikut resepi yang saya bahagikan untuk anda

Bahan-Bahan

  • 1 kg daging ayam
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji kentang
  • 4 sudu besar empah kurma ayam
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • rempah tumis (buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis)
  • 1 biji lobak merah (didadu besar)
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk menumis
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia

Cara Menyediakan
Resepi Ayam Masak Kurma

#1: panasakan minyak dalam kuali kemudian masukan bahan kisar, rempah kurma ayam, rempah tumis dan kacau sehingga pecah minyak

#2: selepas tu masukan ayam dan kacau sebati kemudian tunggu sekejap sampai masak kemudian masukan sedikit asam jawa, lobak merah, dan kentang.

#3: bila kentang dan lobak merah dah empuk boleh masukan santan dan kacau sebati lalu biarkan mendidih

#4: Akhir sekali, masukan gula dan garam secukup rasa kemudian masukan juga tomato. bila dah masak hidangkan bersama nasi panas. Mmmmm Sedaaappp!

hidangan ini memang sedap bila dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan yang dititiskan dengan limau nipis, ikan kering, dan telur dadar.
Baca Juga:
resepi rendang ayam minang
resepi ayam masak merah 
resepi kari ayam tanpa santan
terima kasih anda sudah mahu melawat di blog saya ini, terima kasih.

Postingan terkait:

2 Tanggapan untuk "Resepi Ayam Masak Kurma Special"

  1. Komentar ini telah dihapus oleh administrator blog.

    BalasHapus